DUNGUN – Himpunan RUU355 (H355) perlu disebar luaskan untuk menarik kehadiran seramai mungkin umat Islam di negara ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, YB. Cikgu Alias Harun yang berharap maklumat tentangnya disampaikan kepada sahabat handai dan sanak saudara serta keluarga, agar dapat bersama-sama hadir di Dataran Merdeka.


“Demi agama Allah dan demi kesatuan orang-orang Islam, kita ambil peluang supaya kita dicatat dalam ilmu Allah ikut serta dalam program yang besar ini untuk memartabatkan dan menaiktaraf mahkamah syariah, “ ujar beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Dungun.
Beliau seterusnya menambah, RUU 355 ini baru hendak dibentangkan belum lagi diluluskan dan mendapat sokongan semua ahli Parlimen Islam yang ingin melihat mahkamah syariah dimartabatkan melebihi hukum civil.


“Saya berharap semua umat Islam di DUN Rantau Abang terutamanya yang berkemampuan samada yang berkenderaan sendiri atau menaiki bas, turun ke H355 sebagai sokongan kepada RUU 355, “ kata beliau, yang juga merupakan Ketua Penerangan DUN Rantau Abang.





























