H355: MTD Telemong Hantar Lima Buah Bas Peserta

1524

Oleh: Shahril Aswad

HULU TERENGGANU – Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) PAS Telemong akan menghantar sekurang-kurangnya lima buah bas peserta ke himpunan menyokong pindaan memperkasakan mahkamah syariah, Akta Rang Undang-Undang 355 (H355), yang akan diadakan di Dataran Merdeka 18 Februari depan.

Timbalan Pengarahnya Mohd Safari Abu berkata, setakat ini pihaknya telah berjaya mendaftarkan peserta, lima buah bas peserta untu menghadiri himpunan tersebut.

“Alhamdulillah kita berjaya penuhkan lima buah bas, walau bagaimana pun masih banyak permintaan untuk turut serta…,

“Kami masih berusaha mencari bas tambahan, namun setakat ini kami menghadapi masalah kekurangan bas kerana kebanyakannya telah ditempah untuk sertai H355 di seluruh negeri,” ujar beliau ketika dihubungi.

Faizul……..sambutan untuk ke H355 sangat memberangsangkan terutamanya dari kalangan pemuda

Menurutnya lagi, masyarakat lslam di DUN Telemong khususnya pendokong PAS sangat bersemangat untuk menjayakan himpunan menyokong memperkasakan syariat islam ini.

Berkongsi pendapat sama dengan beliau ialah Ketua Pemuda PAS Telemong Ustaz Faizul Abdullah.

Faizul berkata, sambutan untuk ke H355 sangat memberangsangkan terutamanya dari kalangan pemuda untuk melihat syiar Islam kembali bersinar.

“Kita mengharapkan dengan kita berdoa, bermunajat dan berhimpun menyatakan sokongan ini dapat menggerunkan musuh-musuh Islam,

“dan menyatukan ahli-ahli parlimen Islam untuk bersama-sama menyokong pemerkasaan akta mahkamah syariah yang akan dibentang,”jelasnya.

Menurutnya, rombongan bas dijadualkan bertolak pada 17 Februari, bersama-sama dua buah bas lain, satu dari peserta Pemuda, sebuah lagi dipenuhi peserta daripada Ameerah.

“manakala dua buah lagi akan diisi oleh ahli-ahli dan penyokong PAS dari seluruh Telemong,”tembah beliau.