Himpunan 355 yang akan berlangsung pada 18 Feb 2017 di tengah-tengah ibu kota akan membawa lembaran baru sejarah negara apabila menjadi himpunan paling aman dan harmoni serta melibatkan semua pihak.
2. Pihak Sekretariat Himpunan 355 akan menghantar jemputan rasmi ke perhimpunan bersejarah ini kepada menteri kabinet, ahli parlimen, mufti negeri-negeri, ketua hakim syari’e, menteri – menteri besar, ngo-ngo, parti politik, jamaah Tabligh, habaib, Pengusaha Madrasah (pondok), artis, atlit, tokoh akademik, agensi kerajaan, tokoh korporat, mahasiswa/i, aktivis masyarakat/sosial, persatuan non muslim dan seluruh warga prihatin yang cintakan kesejahteraan negara.


4. Himpunan ini akan turut diseri wajahkan oleh santunan dari Jabatan AMAL dan SUKARELAWAN yang akan bertugas memberi keselesaan dan kesejahteraan disamping tentunya kawalan keselamatan oleh pihak PDRM.
5. Tema Himpunan 355 ialah SYARIAH DIPERKASA RAKYAT SEJAHTERA jelas membawa mesej bahawa himpunan bersejarah ini ke arah membina kesejahteraan negara berasaskan syariah. Pastinya keadilan, kesaksamaan, keharmonian dan kesejahteraan yang menjadi teras perlaksanaan syariat.
Syariah diperkasa Rakyat sejahtera.
Sekian.
Nasrudin bin Hassan
Pengarah H355



























