Oleh : Shafira
SETIU – Pendapatan yang tidak seberapa bukanlah halangan untuk terus menabur bakti demi melihat bakal pewaris negara dibentuk dengan acuan Islam.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata, pengorbanan para guru PASTI amatlah tinggi. Ribuan anak-anak telah terdidik hasil dari penat lelah mereka walaupun hanya diberi gaji yang tak seberapa.
“ada guru PASTI di Jabi yang ditawarkan mengajar kelas KAFA dengan gaji tiga kali ganda dari apa yang diterima di PASTI tapi dengan syarat mesti berhenti dari mengajar di PASTI,
“tapi mereka memilih untuk kekal di PASTI tanpa ragu-ragu. Walau sebenarnya tak ada masalah sebab PASTI sesi pagi dan KAFA sesi petang,” ujarnya
Dr Azman yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Jabi berkata demikian ketika ditemui selepas selesai menyampaikan sedikit sumbangan kepada guru-guru PASTI dalam dun Jabi, Khamis 22 Jun, disini.
PAS DUN Jabi semalam telah mengunjungi lima buah PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam ) untuk menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan barang keperluan harian kepada seramai 18 orang guru.
“Sumbangan itu diberikan sebagai tanda penghargaan atas jasa baik serta khidmat sebagai guru dalam mendidik anak-anak dan berharap agar guru- guru PASTI tidak merasa jemu untuk terus berbakti dalam mendidik anak- anak dengan acuan nilai-nilai Islam dalam diri mereka,
“Guru PASTI adalah murobitun sejati dalam parti walaupun mereka tidak begitu dikenali di bumi”, jelas beliau.





























