SETIU – Warga kampung Tokku dan sekitarnya, terutama di kalangan anak-anak muda keluar beramai-ramai bagi bersama-sama bergotong royong membersihkan tanah perkuburan Seri Wangi.


“masyarakat sekitar keluar untuk bergotong royong memasang pagar di atas tanah seluas 3.9 ekar yang diwakafkan dan digazetkan oleh Pejabat Agama Daerah Besut sebagai tanah perkuburan,
“(Tanah) ini merupakan sumbangan dari hamba Allah,!terima kasih kepada semua pihak yang membantu,”ujarnya ketika ditemui, turut bersama dalam aktiviti kemasyarakatn itu, pada Sabtu 5 Mac.


Menurutnya, kos membiayai program tersebut sebanyalk RM3,000, adalah hasil sumbangan orang ramai.
Sehubungan itu, mantan Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat(JSR) di zaman kerajaan PAS Terengganu Mat Didiek Daud atau lebih dikenali Pok Su berkata, sejak 2003, seramai 18 orang telah disemadikan di situ.
“Tanah perkuburan ini mula digunakan semenjak dari 2003 lagi, setakat ini seramai 18 orang telah dikebumikan di tanah perkuburan ini,
“segala urusan untuk menyediakan tanah perkuburan adalah sumbangan dan derma orang ramai yang digazetkan oleh Jabatan Agama,”jelasnya.




























