Sebuah pertubuhan kemanusiaan telah memberi amaran generasi Rohingya ‘akan hilang’, apabila lebih daripada 500,000 orang kanak-kanak pelarian di Bangladesh tidak mungkin menerima persekolahan pada tahun 2018.
The International Rescue Committee (IRC) berkata ia tidak dapat dielakkan melainkan ‘campur tangan’ segera dilakukan bagi membiayai keperluan kanak-kanak tersebut.
“Pendidikan dalam (satu) kecemasan (dan) ialah (satu keperluan untuk) menyelamatkan nyawa dan campur tangan yang mengubah hidup kanak-kanak,
“(bagi) membantu (mereka) pulih dan menghadapi kesukaran yang berterusan yang mereka hadapi,” kata Pengarah Kanan Pendidikan IRC, Sarah Smith
“Ini adalah sangat penting untuk kanak-kanak Rohingya (namun) tiada siapa yang memberi perhatian kepada keperluan mereka, dan mereka menghadapi beberapa tahap tertinggi trauma yang pernah melihat.
“Sehingga hak kanak-kanak kepada pendidikan dalam krisis Rohingya direalisasikan, kita menghadapi ancaman generasi yang hilang daripada satu populasi yang sudah (menjadi) paling lemah di dunia.” Tambah beliau.
Menurutnya, kurang daripada dua peratus daripada pembiayaan kemanusiaan menjurus ke arah pendidikan, satu sektor yang paling kekurangan dana dalam tindak balas dunia kepada nasibRohingya.
Sedangkan, persekolahan dan pendidikan adalah perkara amat penting kepada kanak-kanak pelarian yang trauma.
Sekolah bukan sahaja mengenai pembelajaran tetapi termasuk menyediakan rutin dan mengujudkan rasa normal, tempat di mana kanak-kanak boleh mendapat kawan-kawan, bermain seperti untuk kanak-kanak lain.
Menurut Oxford Burma Alliance, sebuah pertubuhan pelajar yang dikendalikan di Universiti Oxford, lebih daripada 60 peratus kanak-kanak Rohingya yang berusia antara lima dan 17 tidak pernah ke sekolah.
Ia berlaku demikian samada kerana kemiskinan, sekatan kerajaan ke atas pergerakan mereka, dan kekurangan sekolah di Rakhine, Myanmar .
Manakala lebih daripada 620,000 Rohingya telah melarikan diri ke negara jiran Bangladesh sejak 25 Ogos kerana penyalahgunaan kuasa oleh tentera Myanmar, yang digambarkan PBB sebagai ‘pembersihan etnik’.
Krisis berterusan Rohingya adalah satu penghijrahan secara paksa terbesar pada tahun 2017.

























