Oleh : Salwanaa Ghani
BESUT – Gelombang kehadiran anak muda serta sambutan orang ramai menjadi semangat kebangkitan untuk menukar corak pemerintahan di bumi Besut pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Yang Di Pertua PAS Kawsan Besut ( YDP ) Ustaz Wan Azhar Ahmad berkata, walaupun belum mencapai kemenangan pada pilihanraya yang lalu, namun beliau yakin akan mencapainya pada pilihan raya umum akan datang.
“alhamdulillah momentum yang berlaku dalam kawasan Besut ini memperlihatkan bahawa pilihanraya yang akan datang , In syaa Allah giliran kita mencapai kemenangan,”tegasnya


Menurutnya, PAS Besut akan meneruskan Misi Empat Tambah Satu (4+1) yang digagaska sebelum ini.
“apa yang kita kita impikan, kita akan teruskan, apa yang kita rekodkan sebagai misi dan visi kita dalam Pilihanraya Umum 13 yang lalu,


Justeru itu, beliau berkata, seluruh jentera di semua peringkat Dewan-dewan, Unit Peti Undi, Cawangan-cawangan dan seumpamanya, akan terus berjalan, bergerak dan bekerja bagi memastikan kemenangan itu dapat dicapai.
“kita akan terus bergerak tanpa mempedulikan gangguan-gangguan yang ada melalui sentuhan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang berkenaan,


Oleh itu, katanya, PAS Besut ini akan memberi satu sumbangan besar dan menjadi pelengkap dalam menumbangkan UMNO dalam pilihanraya akan datang.





























