KUALA TERENGGANU – Selain daripada merancang dan melaksanakan strategi serta ikhtiar, Muslimat PAS meenggerakkan program munajat ‘Gelombang Akifi’ bagi bermumajat, memohon pertolongandan rahmat daripada Allah.
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Ustazah Nuridah Salleh berkata, salah satu cara kaedah PAS bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) kali-14 ini.
“Gelombang ‘Akifi’ salah satu cara untuk kita meraih pertolongan dari Allah, meminta ihsannya untuk berdepan dengan PRU14 nanti.
“Akifi yang bermaksud alim, haraki dan sufi sewajarnya menjadi teras dalam setiap diri mereka yang bergelar aktivis Islam dan parti,” ujarnya.


Beliau berkata, gelombang tersebut yang dibuat secara ‘berkala’, digerakkan ke seluruh negara bermula sejak 2015.
Katanya, beliau bersama Ahli Jawatankuasa Muslimat, turun ke setiap negeri negeri termasuk Sabah dan Sarawak dalam, mengikat simpulan akidah dan membentuk kekuatan rohani para ‘mujahidah’.
Sehubungan itu, Ketua Muslimat Kuala Terengganu Hajah Shamsiah Abu Bakar yakin, dengan izin Allah, PAS akan mengekalkan kemenangan Parlimen dan semua DUN dalam Kuala Terengganu, pada PRU akan datang.


“kita berharap program iftar, solat maghrib seterusnya solat hajat dan zikir munajat ini akan menjadi amalan kita,
“kita yakin PAS akan mempertahankan Parlimen dan semua DUN bahkan akan menang dan memerintah negeri Terengganu sebab itu kita mengadakan program ini,
“kerana hanya Allah sahaja yang menjadi sandaran kita untuk meraih kekuatan menentang musuh musuh kita seterusnya memberi kemenangan dalam pilihanraya nanti,” jelasnya.






























