GANTI dan TURUN Sepakat Kempen Turunkan Kos Sara Hidup

643

Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI ) hari ini 11hb Februari 2014 bertempat di Kuala Terengganu telah menerima kunjungan oleh Pengarah Operasi Pusat Sekretariat Turunkan Kos Sara Hidup Rakyat (TURUN), Saudara Mohd Faiz Ismail dan aktivis media dsn sosial Sdra Solahuddin Al Idrus.

Pertemuan ini telah juga mendapat perhatian Pengerusi Lujnah Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilasi Rakyat Terengganu merangkap Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Tuan Haji Yahaya Ali yang meluangkan masa untuk turut serta.

GANTI ingin menegaskan pendirian untuk mendokong dan menyokong gerakan rakyat untuk menuntut Kerajaan mengambil segala langkah yg perlu bagi meringankan beban kenaikan kos sara hidup yang sedang ditanggung oleh rakyat.

Atas dasar matlamat dan perjuangan yg dikongsi bersama dgn TURUN di peringkat Pusat, GANTI akan bersama2 dgn Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilasi Rakyat Terengganu meningkatkan tekanan dan gerakan rakyat menuntut perubahan dalam dasar dasar kerajaan yg menjadi pencetus kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sehingga menyusahkan rakyat.

Isu ini InsyaAllah akan juga dibangkitkan dalam Majlis Dialog NGO anjuran Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilasi Rakyat yang akan berlangsung pada 14hb Februari 2014 melibatkan lebih 40 NGO2 seluruh negeri Terengganu.

*** Kenyataan media Hj Ahmad Amzad Hashim, Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf ( GANTI )