GAMIS Pamir Program Islamik Sambut Awal Tahun

1188

Oleh Asyi’atusy Syams

KUALA TERENGGANU – Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) menyeru umat Islam agar tidak menyambut kedatangan tahun baru dengan program-program yang bertentangan dengan Islam.

Menurut Pengerusi GAMIS Terengganu Muhammad Zhohirin Sharifuddin mesej dakwah itu disampaikan melalui program ‘Street Dakwah’ di malam mmbang tahun baru 2016 semalam.

Beliau berkata, bertemakan “Islam Penyelamat Ummah”, GAMIS membawa mesej dakwah ini kepada masyarakat Terengganu dengan pendekatan yang unik.

“alhamdulillah program ini berjalan lancar, dan apa yang membuatkan kami terharu, selesai sahaja bacaan asma ul- husna dan doa bersempena tahun baru ini,

IMG_20160102_085815“kami mendapat maklumbalas dan respon yang sangat baik daripada mereka yang hadir bersama kami, Walaupun sepertimana kita tahu, tahun baru yang sebenar buat umat Islam adalah pada 1 Muharram iaitu berdasarkan kalendar Hijrah,

“namun begitu GAMIS TERENGGANU mengambil peluang pada malam tahun baru 1 Januari ini sebagai ruang untuk kami sampaikan mesej Dakwah kepada mereka,”ujarnya ketika di temui selepas program ‘Street Dakwah’ yang berlangsung di Taman Shahbandar dekat sini.

Turut memberikan sumbangan dengan Gamis ialah KT Buskers, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT), NGO Ganti (Gabungan Anak Terengganu Insaf), NGO Klusters yang bersama-sama menjayakan program tersebut.

Program yang bermula pada jam 9.30 malam dengan dendangan lagu dari KT buskers, diiringi sembang santai bersama mereka, dan bersama wakil SIGMA (Sinergi Mahasiswi Islam), telah membawa isu-isu kewanitaan dan rumah tangga dalam menghadapi cabaran mendatang.

Tinjauan kami mendapati, kehadiran masyarakat awam amat memberansangkan dan program ini jelas mendapat sambutan dari mereka.

Justeru itu, Muhammad Zohiri berkata, GAMIS berharap masyarakat Islam Terengganu tidak menyambut detik jam 12 malam, namun begitu sekiranya kedatangan tahun baru itu tetap diraikan, sambutlah dengan membaca Asma’ ul Husna dan bacaan doa.

Beliau turut merakamkan terima kasih kepada seluruh Mahasiswa yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung, bagi menjayakan street dakwah semalam.