1) Gamis terengganu bersama dengan badan bertindak isu kenaikan cukai pintu menyatakan bantahan terhadap kenaikan cukai pintu yang dikenakan oleh mjlis bandaraya kuala terengganu.
2)Gamis terengganu membawa suara mahasiswa yg mana mahasiswa turut sama terkesan dengan kenaikan cukai pintu ini. Seperti yang dinyatakan dalam memorundum yang telah di hantar kepada pejabat MBKT dan pejabat MB Terengganu menyatakan bahawa mahasiswa turut berada dalam golongan yang terkena tempias dalam kenaikan cukai pintu ini. Kerana jika berlaku kenaikan cukai pintu ini akn menyebabkan kadar bayaran rumah sewa juga turut meningkat kepada mahaiswa yg menyewa rumah.
3) kalau di kirakan, jumlah ipta/ipts yg ada dalam negeri terengganu ini hampir 10/11 buah ipta/ipts. Dan setiap kampus ipta/ipts yg ada ini sebnyak 30% mahasiswa yg menyewa rumah di luar kampus dan tinggal di rumah sewa. Mahasiswa yg menyewa rumah tidak dapat tidak terpaksa menerima notis kenaikan cukai pintu yg di terima oleh tuan umah sewa.
4)sekarang ini mahasiswa sudah di himpit dengan pelbagai kenaikan harga barangan, hutang ptptn, gst, dan pelbagai lagi kenaikan2 yg ada. Ditambah pula dengan kenaikan cukai pintu ini, mahasiswa merasakan sangat terbeban dengan untuk menanggung segala kenaikan ini.
5) jadi, gamis terengganu memainkan peranan untuk menyatakan bantahan dengan cara menghantar memorundum dan juga ingin menunjukkan bahawa mahasiswa juga respon terhadap isu kenaikan cukai pintu ini. Kami mngharapkan suara kami ini dapat didengari oleh menteri besar bahawa kenaikan cukai pintu ini turut membebankan mahasiswa dan kami mengharapkan cukai pintu ini bukan sahaja dikaji semula bahkan dihapuskan terus dan tidak dilaksanakan terus di negeri terengganu ini.
Muhammad Zhahirin b mohd sharifuddin
Pengerusi GAMIS TERENGGANU











