Terengganu, Malaysia
Kenyataan Media

Flash Mob KITA BANTAH

tmp_Flashmob-2047631667

Berikutan pengumuman-pengumuman kenaikan pelbagai barangan komoditi oleh  kerajaan 48%, Pemuda PAS Gombak mengambil inisiatif mengajak warga Malaysia terutama anak muda Gombak mengunjuk rasa ketidakpuasan hati melalui “flash mob” KITA BANTAH.

KITA BANTAH merupakan interpretasi perasaan amarah anak muda terhadap kebobrokan sistem ekonomi negara yang semakin hari semakin meruncing.Untuk siri pertama KITA  BANTAH,  “flash mob” akan diadakan di simpang lampu isyarat Greenwood pada hari Ahad, 22 Disember jam 5:00 petang.

Semua warga Malaysia yang merasai tertekan dgn kos sara hidup hari ini dijemput hadir dengan membawa sepanduk dan plakad bagi meluahkan perasaan akibat kenaikan ini.Flashmob KITA BANTAH akan dianjurkan dengan aman dan akan dikawal selia oleh Jabatan AMAL Pemuda Pas supaya ia berjalan lancar dan aman.

Mohamad Azizul Abu Bakar, 
Penyelaras KITA BANTAH.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan