“Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. Dan (telah menjadi adat) mereka mendustakan (Nabi Muhammad dan mukjizat-mukjizat yang dibawanya) serta menurut hawa nafsu mereka, sedang tiap-tiap perkara tetap (menurut keadaan yang ditentukan oleh Allah),”al-Qamar ayat 1 -3.
Diriwayatkan dalam sejarah China menceritakan ketika berlakunya peristiwa bulan terbelah dua, ia kelihatan di negara itu.
Menurut Timbalan Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah, tokoh-tokoh kafir Quraisy antaranya Abu Jahal, Walid bin Mughirah dan lain lainnya, berkumpul Mereka berkumpul meminta kepada Nabi saw hal yang mustahil boleh berlaku.
Lalu Rasulullah saw berdoa kepada Allah agar bulan terbelah menjadi dua. Rasulullah saw memberi isyarat dengan jarinya, maka bulanpun terbelah menjadi dua.
Demikian jarak belahan bulan itu cukup jauh sehingga gunung Hira nampak berada diantara keduanya. Menurut riwayat bulan terbelah menjadi dua belahan, belahan pertama berada di jabal Abi Qubais dan sebelah lagi berjalan ke arah jabal Qauqu’an. Kemudian kedua belah bulan itu kembali bersatu.
Akan tetapi orang-orang kafir yang hadir berkata, “Ini sihir!” padahal semua orang yang hadir menyaksikan pembelahan bulan tersebut dengan mata mereka sendiri.
Kejadian itu menurut sejarah China telah disaksikan sehingga ke negara China dan apabila Raja China melihat kejadian mukjizat nabi yang menakjubkan itu, lalu memanggil ahli falaknya, dan menanyakan tentang peristiwa tersebut.
Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan Supermoon atau ‘perigee’, iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi pada Isnin depan.
Menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa), fenomena Supermoon kali ini merupakan yang terbesar pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas.
“Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar. Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang,” demikian menurut Angkasa.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa fenomena Supermoon pada Isnin ini akan berlaku pukul 7.24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada 9.54 malam.
“Keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa. Bagaimanapun, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan.
Sekiranya cuaca di negeri Terengganu baik dan malam-malam tersebut tidak hujan, mungkin menggunakan teropong berkuasa tinggi, dan dengan izin Allah, kita boleh melihat kesan peristiwa bulan terbelah dua itu.
https://youtu.be/tTEQMemI3Pc
https://www.youtube.com/watch?v=35mrnWrqV_0
https://www.youtube.com/watch?v=xhsC9fJ10Ig