Fardhu Kifayah; Tanggungjawab Sosial PAS Kepada Masyarakat

1847

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Aktivis yang berupaya menanangi pentadbiran ‘Fardhu Kifayah’semakin berkurangan dalam masyarakat yang semakin moden kini, termasuk di kampung-kampung.

IMG_20151006_073747Di sesetengah tempat, khususnya di pantai barat semenanjung, pengurusan jenazah melibatkan kos yang mahal sehingga mencecah ribuan ringgit.

Bertolak dari itu, Lajnah Kebajikan dan kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu telah menganjurkan Bengkel Pemerkasaan Pengurusan Jenazah, bagi melatih orang ramai menyedari tentang ‘tanggungjawab sosial’ itu.

Pengerusi Lujnah tersebut, Puan Tuan Roslina Tuan Sulaiman berkata kesedaran masyarakat tentang Fardhu Kifayah adalah amat penting.

IMG_20151006_073820“kita menganjurkan bengkel seperti ini adalah kerana kita merasakan orang ramai perlu tahu walaupun hanya fardhu kifayah,

“tetapi perlu di pelajari dalam mengambil tanggungjawab pada masa-masa (ketiaka) yang di perlukan dan (ia) perlu ada pelapisnya (aktivisnya),”tegasnya.

Beliau berkata demikian di hadapan 150 orang peserta Bengkel Pengurusan Jenazah yang diadakan di Dewan Dato’ Wan Mutalib Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu pada Sabtu, 4 Oktober.

Bengkel yang dikendalikan oleh ‘orang lama pemandi mayat’ Puan Hajah Kalsom (Makcik Som) memberi pendedahan tentang cara pengurusan selepas meninggal, proses semasa memandikan dan penyediaan serta cara mengkafankan jenazah.
IMG_20151006_073711Seorang peserta yang datang dari Kemaman, Puan Esah Mat Zin melahirkan rasa bertuah kerana dapat mendalami ilmu tersebut.

“saya rasa tidak rugi untuk belajar fardhu kifayah ini………..kita mungkin akan melakukannya satu masa dan bengkel ini boleh di buat berterusan untuk orang muda mempelajarinya” ujar beliau

Sehubungan itu, Pengarah Bengkel Puan Wan Mariam Wan Ahmad menyifatkan program tersebut amat berjaya dan berazam akan meganjurkan siri kedua dan ketiga bagi meningkat kemahiran orang ramai.

“alhamdulillah………. satu kejayaan yang kita tak menjangkakan mendapat sambutan dari orang ramai dan sanggup datang dari jauh, in sha Allah Lajnah Kebajikan akan meneruskan lagi untuk siri akan datang,” ujarnya ketika menutup bengkel tersebut.