Explorace 2.0 Semarakkan Kempen Menjelang PRU-13

559
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/DSC_1293.jpg

Menurut Setiausaha DPPKK, Mohd Ramlan Mahmud, sebanyak 32 buah kereta menyertai Explorace 2.0  dengan para 180 orang pesertanya adalah terdiri daripada anak-anak muda dari seluruh daerah Kemaman.

Beliau berkata, program ‘realiti TV’ yang diubah menjadi aktiviti rekreasi politik itu menggabungkan usaha kerja-kerja penerangan dan kebajikan serta gerak kerja menjelang pilihanraya umum kali ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi. 

“Objektif program ini diadakan adalah untuk mendekatkan golongan muda dengan PAS melalui program rekreasi politik, ia menggabungkan kerja-kerja penerangan dan kebajikan serta gerak kerja pilihanraya melalui aktiviti orang muda,

“Program ini juga bertujuan untuk menyemarakan lagi suasana dan mood penyokong-penyokong PAS untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang dijangkakan akan diadakan tidak lama lagi,”ujarnya ketika ditemui.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/DSC_1279.jpgSelain itu, menurt beliau, usaha itu juga diharapkan dapat memasyarakatkan PAS melalui aktiviti orang muda.

Katanya, para  peserta terdiri daripada pemuda-pemuda cawangan dari DUN Chukai, Air Putih,Kemasik dan terdapat beberapa kumpulan daripada syarikat swasta, berkumpul di tapak letak kereta berhadapan dengan Kedai Kopi Hai Peng dan telah dilepaskan oleh Pengarah MTD, Tuan Haji Hanafiah Mat.

Beliau berkata, modul program Explorace 2.0 yang telah disediakan oleh pihak penganjur adalah menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta.

“Beberapa modul telah disediakan adalah bagi menguji ketahanan fizikal dan mental para peserta. Keseluruhan modul terdiri daripada gerak kerja pilihanraya disamping para peserta diminta untuk menjawab soalan-soalan pengetahuan am berkaitan dengan Parti Islam Semalaysia (PAS).

“Antara modul yang dilaksanakan adalah mengedarkan akhbar harakah dikedai-kedai dan hotel-hotel yang menjadi tempat tumpuan orang ramai, memasang bendera-bendera dibeberapa lokasi yang dikenal pasti di UPU terpilih,”jelasnya.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita16/DSC_1274.jpgKatanya, program tersebut adalah sehari suntuk, disambung selepas solat Jumaat dengan para peserta diminta mengedarkan risalah manifesto pilihanraya PAS negeri Terengganu di masjid-masjid didalam DUN Chukai.

Beliau berkara, cabaran terakhir para peserta adalah, mereka dikehendaki menghantar sekampit beras sebagi bantuan kebajikan dari PAS ke rumah-rumah fakir miskin di Kampung BakauTinggi dan KampungGeliga.

“Program sehari ini ditamatkan di padang astaka Kemaman pada pukul 5.30 petang dan hadiah disampaikan sendiri oleh Pangarah MTD Chukai kepada para pemenang, secara keseluruhannya matlamat program ini tercapai,

“dan para peserta dilihat memberi maklum balas yang positif dan berharap agar program sebegini akan diadakan lagi pada masa akan datang,”katanya.