Evakuasi Pelajar Malaysia Di Sana’a dan Hudaidah Berjaya!

1164

Dalam mesyuarat khas Jawatankuasa Pelaksana operasi pemindahan keluar (Evakuasi) pelajar Malaysia dari bumi Yaman ‘OPS BALQIS III’ kelmarin di KLIA, sejurus selepas mendarat, kami telah berbincang beberapa perkara yang berbangkit berkaitan evakuasi kali ini.

IMG-20150403-WA0005Hasil dari mesyuarat tersebut, kami perincikan seperti berikut :

1- Pertamanya kami mengucap syukur kehadrat Ilahi di atas keberjayaan dalam misi mengeluarkan 152 orang pelajar yang berada di Sana’a dan Hudaidah.

2- Oleh kerana evakuasi kali ini melibatkan keseluruhan Yaman, justeru pihak kami (Permaya) dan Kedutaan Besar Malaysia terpaksa mengadakan evakuasi secara berperingkat dan dimulakan dengan Sana’a dan Hudaidah memandangkan kawasan ini termasuk zon kritikal.

evakuasi Yaman3- Adapun di lain-lain tempat yang selebihnya seperti Hadramaut dan juga Aden, para pelajar berada dalam keadaan selamat dan sentiasa dipantau. InsyaAllah proses evakuasi akan berjalan bila-bila masa apabila berada di dalam keadaan sesuai dan mengizinkan. Justeru pihak kami mengharapkan kepada semua pihak terutama ibu-bapa agar banyak bersabar dan berdoa. Sebarang perkembangan semasa boleh merujuk di FB kami dan FB cawangan kami di Hadramaut yang telah diwar-warkan sebelum ini.

4- Diharapkan kepada para pelajar yang berada di Hadramaut dan Aden supaya dapat meningkatkan tahap keselamatan mereka sendiri dan mematuhi segala arahan yang dikeluarkan sehinggalah proses evakuasi dapat dijalankan.

5- Akhirnya kami merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak, khususnya kepada kerajaan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Kedutaan Besar Malaysia ke Yaman di Sana’a, Konsulat Malaysia di Jeddah, ibu-bapa, wartawan dan rakyat Malaysia amnya, yang telah membantu dan mendoakan kesejahteraan para pelajar. Semoga segala jasa baik kalian diberi ganjaran oleh Allah swt.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Nasiruddin Bin Othman
Presiden,
Persatuan Pelajar Malaysia Yaman