EU Tidak Iktiraf Kedaulatan Israel Di Bukit Golan

1803

Kesemua negara anggota Kesatuan Eropah tidak mengiktiraf kedaulatan Israel di atas tanah Bukit Golan yang diduduki negara haram itu.

Agensi berita Xinhua melaporkan ketua polisi asingnya Federica Mogherini berkata, tindakan negara EU itu selaras dengan resolusi PBB.

“Kedudukan Kesatuan Eropah mengenai status Dataran Tinggi Golan tidak berubah,” kata Federica Mogherini, Perwakilan Tinggi EU ke atas 28 untuk Dasar Luar Negeri dan Dasar Keselamatan, hari Rabu dalam satu kenyataan.

“Selaras dengan undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan PBB 242 dan 497, Kesatuan Eropah tidak mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas Golan Heights,” katanya dalam satu kenyataan hari Rabu dalam satu kenyataan.

Dengan itu, menurutnya, kesemua 28 negara anggota EU telah menolak pengiktirafan Amerika Syarikat terhadap pencerobohan Israel keatas Syria pada tahun 1981.

Komen EU itu adalah ekoran Presiden AS Donald Trump menandatangani satu deklarasi di Washington yang menyokong kedaulatan Israel di Golan semasa lawatan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ke White House minggu ini.