EU Beri Amaran Tentang Kebebasan Bersuara Yang Terancam di Mesir

717

Kesatuan Eropah memberi amaran Mesir pada Isnin berhubung serbuan yang dilakukan baru-baru ini keatas sebuah bangunan kesatuan buruh di Kaherah dan penangkapan wartawan.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pasukan keselamatan di negara ini menyerbu pejabat Mesir ‘Press Syndicate’ pada hari Ahad.

Pegawai polis yang menyamar menahan dua wartawan yang sedang melakukan ‘duduk dan bantah, memberikan sokongan moral bersolidariti dengan rakan-rakan mereka yang ditahan.

EU menyifatkan keadaan itu sebagai “perkembangan yang membimbangkan, dan ‘trend’ berterusan menyekat ruang untuk masyarakat sivil dan kebebasan bersuara”.

Blok 28 negara itu juga menggesa pembebasan mereka yang ditahan dan menggesa bahawa undang-undang yang mengawal selia perhimpunan bebas haruslah selaras dengan perlembagaan Mesir.

“Kebebasan berhimpun dan kebebasan akhbar adalah penting untuk demokrasi, untuk menjamin bahawa semua suara yang aman didengari dan dihormati,” kata kenyataan EU.

Lebih daripada 400 penunjuk perasaan Mesir baru-baru ini ditahan semasa perarakan di seluruh negara pada 25 April.