Terengganu, Malaysia

Mahasiswa menggegar bandar Dungun!

dan Ehsan Bukhari dari Universiti Selangor (UNISEL) dengan berani menyuarakan hasrat mereka dan menyeru rakyat menumbangkan regim Umno dan Barisan Nasional.

[Gambar kanan atas – Safwan menunjukkan gaya, bagaimana beliau mengoyak kertas kebenaran hospital yang bersekongkol dengan polis, merakam ‘curi’ gambarnya, ketika beliau terlantar di hospital setelah di belasah pada peristiwa UPI berdarah]

Mahasiswa menggegar bandar Dungun!Keempat-empat mereka berkongsi dengan ribuan hadirin, bagaimana mereka diperlakukan dengan zalim oleh ‘Sang Penguasa’ dalam himpunan aman yang di adakan di UPSI pada malam tahun baru 2012.

[Gambar kiri atas – Adam menunjukkan isyarat 3 dengan jarinya, dengan tegas mengatakan, ia akan kembali selepas digantung oleh UPSI, untuk meneruskan perjuangan menuntut hak dan kebebasan mahasiswa]

Safwan digelar sebagai siswa yang diterajang oleh polis, Adam digelar sebagai penurun bendera Najib serta dua rakannya, sedang mengadakan jelajah ke seluruh Negara.

Adam yang telah digantung dari pengajiannya selama tiga semester pada 9 Janurai lalu memberi amaran, bahawa mahasiswa akan bangkit bersama Solidariti Mahsiswa Malaysia meneruskan kebebasan akademik.

Katanya, jika seorang mahasiswa tumbang, seratus yang lain akan bangkit, meneruskan perjuangan!

http://www.youtube.com/watch?v=f4ZRFY2roVY

http://www.youtube.com/watch?v=I0KHep7AAIc

http://www.youtube.com/watch?v=AuWT0mUoG2g

http://www.youtube.com/watch?v=ggDHQkJZ2Cs

 

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan