Terengganu, Malaysia

Empat Kawasan Sepakat

_DSC0261 (2)

KUALA TERENGGANU – PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Kemaman yang mengadakan Mesyuarat Agung hari semalam telah sebulat suara mencalonkan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk terus kekal sebagai Presiden manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden.

IMG-20150418-WA0170Keputusan pencalonan sempena muktamar tahunan parti yang dijangka berlangsung Jun depan itu dicapai dalam Mesyuarat Agong Tahunan Pas di empat kawasan tersebut yang diadakan serentak hari ini.

Sementara itu, tiga calon Naib Presiden PAS yang dipersetujui oleh PAS kawasan Kuala Nerus, Kemaman dan Setiu pula ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah serta dua Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat iaitu Nasrudin Hasan al-Tantawi dan Idris Ahmad.

Manakala PAS kawasan Kuala Terengganu pula mencalonkan Mohd Nik Amar, Idris dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad untuk jawatan Naib Presiden.

Setakat ini hanya dua lagi PAS Kawasan yang masih belum mengadakan mesyuarat agung masing-masing iaitu Marang dan Dungun.

Sebelum ini, PAS Kawasan Hulu Terengganu dan Besut juga sebulat suara mahu Abdul Hadi dikekalkan untuk jawatan nombor satu parti itu dan Tuan Ibrahim pula dicalonkan sebagai Timbalannya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan