Empangan Paya Peda Beroperasi Sepenuhnya

2540

Oleh : Rohayati Ripin (RR)

BESUT – Empangan Paya Peda seluas 77 kilometer persegi terletak kira-kira 1.5 kilometer di Hulu Angga, Jerteh bernilai RM333 juta yang pernah menjadi kontroversi suatu ketika dahulu kini telah beroperasi sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani Dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim berkata, empangan tersebut beroperasi dari segi keperluan perancangan untuk masa hadapan.

Katanya ia adalah merupakan salah satu daripada sumber air satu bekalan air kepada penduduk.

“Pada hari ini kita mendapat taklimat daripada pengarah AIDA KETARA berkaitan dengan selok belok operasi empangan yang setakat ini kita nampak bukan setakat berjaya dari segi membekalkan air untuk keperluan pengairan padi,

“dan dalam masa yang sama berperanan mengawal banjir di mana air yang bertakung boleh dilepaskan secara sistematik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media dalam lawatan Exco ke Empangan Paya Peda dan IADA KETARA pada Khamis, 19 Julai.

Katanya, lawatan tersebut sebenarnya adalah salah satu daripada siri untuk pemimpin turun ke bawah bertemu dengan kakitangan di semua Jabatan dan agensi di bawah Portfolio Pertanian.

“Portfolio ini yang agak besar dengan 33 jabatan dan agensi supaya kita boleh jumpa dengan kakitangan di peringkat paling bawah untuk mendengar daripada mereka sendiri apa yang berlaku dan apa yang sedang dilakukan,

“serta beberapa isu supaya maklumat yang tepat kita boleh ke hadapan dengan langkah dan perancangan lebih tepat serta apa kita nak ialah hasil yang terbaik kepada rakyat,” jelasnya.

Sehubungan dengan itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar (baju kuning) mencadangkan agar penduduk setempat diberikan peluang ekonomi sekitar empangan itu.

Beliau mencadangkan, kawasan tinggi yang menjadi pulau kini amat sesuai untuk aktiviti pertanian.

“pulau yang tanahnya subur dan tidak berapa tinggi boleh membuat aktiviti pertanian samada kekal ataupun kontang untuk kegiatan penduduk sekitar,” kata beliau.