Elakkan Huru-Hara, Berlaku Adil Dalam Pilihanraya

887
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita14/amaran%20rakyat.jpg

dalam Pru ke 13 dan tidak membuat huru-hara jika PR menang kelak.

Seharusnya kenyataan beliau perlu diasaskan kepada jaminan yang kukuh bahawa BN benar-benar akan menghormati keputusan rakyat. Ini kerana sejarah telah menunjukkan bagaimana kerajaan negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat atau pembangkang telah disabotaj, diskriminasi serta provokasi bagi memastikan kerajaan tersebut jatuh.

Rakyat tidak melupakan bagaimana kerajaan Terengganu telah dikhianati apabila royalti minyak ditarik balik serta tumbang melalui projek ‘pengundi luar’, kerajaan Kelantan yang disekat dari menerima royalti serta kerajaan Selangor yang disabotaj dengan bekalan air yang disekat juga manipulasi media yang melampau terhadap kepemimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Yang paling tidak dilupakan adalah bagaimana kerajaan Perak ditumbangkan melalui projek ‘membeli wakil rakyat’ serta menghianati kuasa Speaker Perak sehingga beliau dimalukan sedemikian rupa apabila ditarik keluar dari kerusinya dan dikurung dalam bilik. Selepas meneliti kesemua kisah negeri-negeri di atas, siapakah yang tidak menghormati keputusan rakyat serta pencetus huru-hara di negara ini?

Pemimpin PR tidak pernah bercadang mencetuskan suasana huru hara sekiranya kalah Pru ke 13 kerana sudah 12 kali PAS bersama parti komponen lainnya mengharungi pilihanraya umum. Namun pemimpin PR tidak bersedia menerima jika berlakunya penipuan dalam sistem pilihanraya. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai pengurus sistem ini perlu memastikan perjalanan sistem pilihanraya berlangsung dengan adil dan bersih. Negara akan aman sekiranya sistem pilihanraya berlangsung dengan adil dan telus sebaliknya penipuan dan penyelewengan yang akan mencetus suasana huru-hara kerana rakyat bangkit dengan kemarahan menentang kebejatan.

Tidak ada manusia yang waras akalnya boleh menerima hakikat mereka tertipu melalui sistem pilihanraya di negara ini. Saya merasa yakin, bukan sekadar PR, BN juga pasti akan merasai kemarahan yang sama jika mereka juga ditipu oleh suatu sistem yang menjerat. Saya juga tidak boleh membayangkan bagaimana BN berada di suatu pihak yang mengharungi pilihanraya dengan sabar, jika sistem undi pos di mana-mana kawasan tidak memihak kepada mereka kerana terdapat banyak kecurigaan dalam sistem tersebut, warga asing yang diberikan hak kerakyatan dan dibenarkan mengundi serta diarahkan mengundi parti lain, daftar pemilih yang amat meragukan ditemukan di banyak tempat, rasuah pilihanraya melalui projek segera, kekangan terhadap media, serta kerahan terhadap institusi kerajaan untuk memenangkan suatu pihak.

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia