Duterte Tawar ’24 Perawan’ Kepada Pelancong

1760

Presiden Filipina Rodrigo Duterte berkata kepada sekumpulan pemimpin perniagaan India dan Filipina di New Delhi bahawa, beliau ingin untuk menarik pengunjung ke negaranya dengan menawarkan ’42 perawan’.

Dalam ucapan pada hari Jumaat yang bertujuan untuk menarik pelabur ke Filipina, Duterte juga berkata, ahli perniagaan India perlu ‘mengelakkan Mindanao’ kerana ia masih dibawah undang-undang tentera.

Duterte dalam rangka lawatan beliau selama tiga hari ke ibu negara India untuk menghadiri sidang kemuncak serantau di antara India dan pemimpin Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), dan mengambil bahagian dalam sambutan Hari Republik negara.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, sebuah kumpulan aktivis wanita menyifatkan kenyataan Duterte suatu ucapan yang memalukan di peringkat antarabangsa.

“Kami dambakan seorang presiden yang boleh mewakili rakyat Filipina. Lelaki, wanita dan LGBT sama di luar negara Kami berhak terhadap seorang presiden yang menghormati hak dan maruah wanita,” kata Kumpulam Hak Asasi Waniya Akbayan yang turutvmenuduh Dutere tidak menghormati wanita Filipina.

Sehubungan itu, Duterte ketika mengulas tentang konflik bersenjata di Mindanao, mengkritik ideologi kumpulan bersenjata, yang mengepung bandar selatan Marawi selama lima bulan pada tahun 2017.

Dalam ucapannya, Duterte juga memberi jaminan kepada pelabur bahawa dia memerangi rasuah dan penyalahgunaan dadah di negaranya.

Pejabat presiden kemudian mengumumkan bahawa Duterte mendapat $ 1.25bn ‘janji pelaburan’ daripada ahli perniagaan India.