DUN Bandar Belanja ‘Shopping Raya’ Ringankan Beban Penduduk

2379

Oleh: Solahuddin Al-Idrus

KUALA TEREMGGANU – PAS DUN Bandar turun padang bertemu dengan keluarga yang tidak bernasib baik bagi membantu meringankan beban masalah masyarakat setempat dalam meraikan Sambutan Hari Raya yang bakal kunjung tiba.

Pengarah Majlis Tindakan DUN, Ustaz Ahmad Shah berkata, masalah kesempitan hidup rakyat adalah antara fokus utama kerana rata-rata rakyat dibebani oleh kos sara hidup yang semakin meningkat.

Katanya, bebanan kos sara hidup yang makin tinggi menambahkan lagi kesusahan serta kesempitan hidup rakyat.

“Rata-rata baju berharga RM 70 hingga 80 satu pasang. Bayangkan kalau setiap keluarga mempunyai enam orang anak, ia menambahkan lagi beban mereka dalam keadaan kos sara hidup makin tinggi,

“Aktiviti tahunan tersebut adalah dibawah anjuran lajnah Kebajikan Pas Dun Bandar dan ia lebih dikenali sebagai ‘Shopping Raya’,

“Kita mengharapkan program Shopping Raya seperti ini akan berterusan pada tahun-tahun akan datang tidak kira sama ada kita memerintah ataupun tidak,

“Andai kata kerajaan bertukar tangan pada PAS kita yakin kita mampu tolong mereka yang susah sebab bila kita ada kerajaan kita akan ada dana yang lebih besar,” ujarnya.

Program tersebut turut disertai oleh seluruh jentera DUN Bandar yang melibatkan Pemuda, Muslimat dan Ameerah DUN.

Katanya, walaupun sumbangan yang diberikan adalah kecil, namun mereka sangat teruja dan mengharga pemberian tersebut.