Dua Puluh Lapan Lokasi LPT2 Jalan Beralun

5781

Pemantauan dan kajian lapangan terhadap permasalahan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2) telah dijalankan baru-baru ini oleh Sekretariat Bilik Gerakan GANTI (unit aduan orang-ramai) pada hari Ahad 18 Oktober 2015 bermula 5.00petang hingga 11.45malam daripada susur masuk tol Gemuruh hingga tol Kijal.

IMG_0800GANTI terpanggil untuk membuat pemantauan dan kaji selidik di LPT 2 ini akibat dari terlalu banyak berlaku kejadian kemalangan maut yang setakat ini mengorbankan lebih 76 nyawa dan melibatkan hampir 2000 kemalangan semenjak ia dibuka pada Ogos 2011.

Selain daripada faktor kecuaian manusia,punca utama berlakunya kemalangan ini adalah:

1. Permukaan jalan yang tidak sekata dan beralun. Antara jalan beralun yang dicatatkan dikilometer (KM) lebuhraya LPT 2 Gemuruh – Kijal :

i. KM 411.0,
ii. KM408.5,
iii. KM407.8,
lptiv. KM391.9,
v. KM355.1,
vi. KM354.3,
vii. KM353.6,
viii. KM352.5,
ix. KM351.6,
x. KM351.5,
xi. KM351.3,
xii. KM347.0,
xiii. KM346.5,
xiv. KM346.4,
xv. KM346.3,
xvi. KM344.0,
xvii. KM343.9,
xviii. KM342.1,
LPT2_2ixx. KM340.9,
xx. KM341.0,
xxi. KM340.2,
xxii. KM339.8,
xxiii. KM336.3,
xxiv. KM332.8,
xxv. KM328.7,
xxvi. KM323.0,
xxvii. KM394.8,
xxviii. KM288.0

ternakan berkeliaran LPT22. Selain itu juga permasalahan yang ketara dan amat membimbangkan juga kerana terdapat banyak pagar-pagar telah rosak dan terbuka. Keadaan ini amat berbahaya kepada pengguna LPT2 ini kerana ianya membolehkan binatang liar dan haiwan ternakan seperti lembu memasuki laluan lebuhraya ini. Sebelum ini juga banyak kemalangan yang membabitkan pengguna lebuhraya yang melanggar binatang yang memasuki laluan jalan lebuhraya ini dan ada yang maut.

3. Ketiadaan papan tanda di kawasan yang kerap berlakunya kemalangan maut sebagai contoh ‘AWAS!! KAWASAN KEMALANGAN MAUT’, Dengan adanya papan tanda ini boleh mengingatkan pengguna agar lebih berwaspada dalam memandu.

4. Pencahayaan yang tidak mencukupi di kawasan yang berselekoh dan kawasan jejantas yang merentasi LPT2 ini tidak diletakkan papan balik cahaya amat merbahaya kepada pengguna terutama pada waktu malam ketika hujan.

IMG_0808Banyak kes kemalangan dilaporkan berhampiran jejantas antara inilah antara puncanya. Antara jejantas yang dicatatkan adalah di KM356.6 dan KM340.9.

5. Jalur putih jalan tidak begitu jelas pada waktu malam dan penanda pembalikcahaya pada penghadang jalan kiri dan kanan lebuhraya ini banyak yang sudah rosak. Ianya amat berbahaya kpd pengguna terutama pada waktu malam.

Kelemahan dari segi teknikal dan faktor penyebab kemalangan di lebuhraya LPT2 ini akan didedahkan kepada umum dalam bentuk laporan teknikal melauli siri-siri kajian lapangan yang akan diadakan dari semasa ke semasa.

Penambahbaik kualiti dan permasalahan yang ada di LPT2 hendaklah dilakukan segera oleh pihak berwajib dan pihak YAB Menteri Besar Terengganu Dato’Seri Ahmad Razif Abdul Rahman untuk merealisasikan perubahan dalam negeri Terengganu dengan tema yang dibawa oleh beliau TTB.

perasig-500x358Sehubungan itu, kami juga mendesak kontraktor yang terlibat dipanggil untuk memberi keterangan jika terbukti LPT2 ini tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan hendaklah dibawa ke muka pengadilan kerana telah menggugat keselamatan pengguna dengan mengheret mereka berdepan dengan maut LPT2.

Wan Mohd Faizul Wan Abas
Presiden
Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI)
20 Oktober, 2015