KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini memutuskan hukuman penjara sehari dan denda RM5,000 kepada dua orang tertuduh, Hisyam Aziz@Abdul, 45, dan Haji Abdul Rahman Abdullah, 69 [Gambar atas].
Manakala dua lagi, Suwandi Abdul Ghani, 45, dan Muhamad Azman Aziz, 28, dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM5,000.


Kejadian yang dikenali sebagai ‘Trageddi Berdarah Batu Burok’ itu berakhir dengan pertembungan antara pihak polis dengan orang ramai, apabila mereka yang datang mahu mendengar ceramah tidak mahu beredar.
Ratusan polis termasuk Unit Simpanan Persektuan (FRU) dikerah untuk menyuraikan orang ramai telah mengambil tindakan keras termasuk melepaskan tembakan peluru hidup kearah orang ramai.
Suwandi Abdul Ghani telah ditembak dibahagian dada, tembus hingga ke belakang dan peluru tersebut hampir mengenai jantung beliau.
Manakala peluru hidup dari senjata polis juga mengenai bahagian leher Muhammad Azman Aziz.
Sebaliknya, kedua-dua mereka telah dituduh dan didakwa menggunakan kekerasan dan sengaja cuba mencederakan seorang anggota polis.


Hukuman penjara terhadap Suwandi Abdul Ghani dan Muhammad Azman Aziz ditangguhkan sehingga rayuan mereka didengari.
Keempat-empat mereka telah dilepaskan dan dibebaskan oleh hakim mahkamah sesyen Tuan Mohammad Khalid Haji Ab. Karim Pada Jun tahun 2012, yang membicarakan kes yang sama.
Turut hadir di mahkamah memberikan sokongan moral pada hari ini adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Yang DiPertua PAS (YDP) Marang Haji Yahaya Ali, Bendahari PAS Terengganu yang juga YDP Kuala Nerus M. Shukrimun Shamsuddin dan YDP Kuala Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.
Keempat-empat tertuduh diwakili oleh peguam Kamaruzaman A. Wahab dari firma guaman Tetuan Aziz & Co.





























