KUALA KANGSAR – Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) P067 Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad sempat menghulurkan khidmatnya membantu merawat seorang anak ‘orang asal’ yang diserang penyakit sawan.
PKejadian berlaku sebaik beliau selesai berucap memperkenalkan dirinya kepada komuniti suku ‘Temiar’ itu.
Kanak-kanak perempuan tersebut tiba-tiba rebah, dalam keadaan ‘mulutnya’ berbuih.


Kemudian beliau mengurut dan menepuk-nepuk belakang kanak-kanak tersebut, sehingga ia sedar dan pulih seperti sedia kala.
Sebelum itu, Dr. Najiha dalam ucapannya, mengajak masyarakat orang asal khususnya kepada para pengundi di Kampung Bukit Cermin agar mengundi PAS.
Ini penting, katanya dengan mengundi calon PAS kemenangan itu dapat menyemarakkan lagi Islam yang lebih baik.
Menurutnya, tarikh 18 Jun ini adalah hari penting mengundi dan masyarakat orang asal diminta memilih calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
“Saya Dr Najihatussaleha Ahmad, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri Perak dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Saya merupakan calon pilihan raya (PRK) dan hari Sabtu ini kita mengundi.
“Saya doakan semua penduduk-penduduk di Kampung Bukit Cermin ini dapat keluar mengundi pada 18 Jun ini dan sama-samalah memberi sokongan kepada Dr Najihah iaitu saya sendirilah untuk kita semarakkan lagi Islam di Kampung Bukit Cermin ini bagi Parlimen Kuala Kangsar.
“

“Insya’Allah, saya berjanji PAS ini akan bawa anak-anak semua dan dan adik-adik semua ke arah Islam yang lebih baik, supaya kita faham kenapa kita menganut Islam. Apa itu Islam dan apa maksud kita mengaku beriman kepada Allah SWT,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkasnya ketika berkempen di perkampungan orang asal (Asli) di Kampung Bukit Cermin, Unit Peti Undi (UPU) Bendang Kering dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Chandan, petang tadi.
Sempena bulan Ramadan, kata Dr Najihatussaleha pahala amal ibadat dan bersedekah akan dilipat gandakan oleh Allah SWT.
“Sekarang ini, kita di bulan Ramadan dan kalau kita sedekah, pahala kita berganda-ganda.
“Kalau anak-anak semua, kakak-kakak semua melakukan ibadat kepada Allah, solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan akan dapat pahala dan dapat masuk Syurga Allah SWT.


“Insya’Allah, pada petang ini saya akan berbuka puasa bersama dengan penduduk-penduduk di Kampung Bukit Cermin ini,” jelasnya.
Ketika calon PAS itu sedang berkempen tiba-tiba berlaku satu kejadian seorang penduduk orang asal mengidap penyakit sawan dan Dr Najihatussaleha segera merawatnya.
Hadir sama mengiringinya berkempen Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Yahaya Ali dan beberapa Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Perak.





























