Doakan Untuk Kemenangan PAS Di Terengganu – Pesan Haji Wahid Kepada Perantau

1218
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/perantau%20perak2.jpg

Pesuruhjayanya YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, PAS memerintah kali pertama selepas pilihanraya umum kali pertama pada tahun 1959 dan mentadbir negeri Terengganu selama 2 tahun 4 bulan.

Selepas itu, katanya, PAS mengambil masa selama 40 tahun untuk menang kembali pada pilihnaraya umum ke-10 tahun 1999 dan berjaya memerintah Terengganu selama 4 tahun sehingga tahun 2004.

Katanya, PAS perlu menang bagi memertabatkan kepimpinan ulamak kerana pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sedang memerintah Terengganu pada masa kini.

“kita bekerja kuat di Terengganu bagi memenangkan PAS bagi kali yang ke tiga, (sebab) kita mahu kepimpinan ulamak kerana kita tidak boleh percaya kepada (pemimpin) Umno dan BN (yang telah melakukan pelbagai penyelewengan),

“(antaranya) tanah rakyat mereka rampas, (sebaliknya) mereka ‘baham’ tanah rakyat sesama sendiri (selain) pelbagai pengkhianatan lain,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Hi-Tea bersama Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) yang diadakan di sebuah hotel, disini pada Sabtu 24 November. [Dengar dan Lihat Rakaman]

Oleh itu, katanya, sekiranya diberi mandat, PAS akan membuat perubahan yang besar ke arah kebaikan dan demi masa depan anak-anak Terengganu.

Beliau berkata perubahan mesti dibuat pada PRU-13 dan beliau menyeru agar anak-anak Terengganu dapat memberikan sumbangan samada dengan tenaga, wang ringgit, pemikiran dan yang paling penting adalah berdoa untuk kemenangan PAS.

“Kita dah sebar manifesto (pilihanaya) kita, kita dah gerakkan massa dengan (bangkitkan) ‘mood’ rakyat dengan (bersama) PGU (merupakan) himpunan besar-besaran dengan tumpuan gerakkerja bagi memmastikan kemenangan (PAS),

“maka sedara-saudara berilah sumbangan dengan apa bentuk sekali pun dengan tenaga, wang ringgit dan dengan doa InsyaALlah, kita akan diberi kemenangan,”tegasnya kepada lebih 100 orang Perantau Terengganu di negeri Perak yang hadir dalam majlis tersebut.

Hadir sama dalam program itu adalah Pengerusi Perantau, Prof Madya Kamaruzaman Yusof, Setiausahnya Suhaimi Embong dan Pengerusi Unit Pengundi Luar Jabatan Pilihnaraya PAS Terengganu, Ustaz Wan Faizul Abas.