Doa Untuk Umno Ulangi ‘kematian’ dan Bahtera BN Yang Akan Karam!

1026
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita9/IMG_3281.jpg

Menurut Ketua dewan Pemuda PAS Ustaz Nasaruddin Hassan, hak mereka dinafi, sebahagian di tukar tempat kerja jauh ke pendalaman, terdapat yang dipenjara dibawah akta ISA, malah ada pemimpin yang dibunuh mati seperti peristiwa Memali dan Lubuk Merbau.

“Hasil negeri mereka turut dinafikan apabila Royalti dihalang. Semuanya UMNO dan BN bertanggungjawab. UMNO dan BN telah memperlekeh agama Allah, mencetus perkauman, menyeleweng dana negara, mengumpulkan kekayaan dari hasil negara hanya untuk kroni, rasuah berleluasa, jenayah meningkat dan 1001 perkara yang membawa kehancuran pada tamadun negara ekoran sistem dan dasar pemerintahan UMNO dan BN,”tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini Isnin 19 November, mengulas tindakan media arus perdana yang menyokong Umno khususnya TV3 yang ‘memutarkan’ isu doa itu.

Menurutnya, kecenderungan media ‘tukang angguk’ Umno-BN mengulang-ulang isu tersebut bukanlah bertujuan mencari kebenaran, namun diaturcarakan dengan tujuan cuba memburuk-burukkan PAS dan cuba memberi ‘talian hayat’ kepada Umno-BN yang sedang nazak.

Katanya doa tersebut dari sudut jauh hati kecil rakyat marhain dan diaminkan oleh puluhan ribu ummat prihatin dan Terdahulu doa ini telah maqbul apabila UMNO telah hancur dan musnah dan kini digantikan dengan UMNO Baru.

Oleh itu, beliau berkata ahli-ahli Umno khususnya dan rakyat sekelian tidak perlu bimbang dan khuatir sekiranya Umno ‘mati’ kerana ia hanya ulangan ‘kematian’ Umno sebelum ini.

Justeru, beliau mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama dengan ‘bahtera PAS dan Pakatan Rakyat’ sekiranya ‘kapal buruk’ Umno-BN tenggelam.

“Semoga UMNO dan BN  hancur dan binasa lagi, sementara kami menggamit dan melambai kepada semua ahli – ahli UMNO dan BN supaya meninggalkan “kapal” yang hampir karam itu untuk menyelamatkan diri dengan menyertai PAS dan PR.

“Aslim Taslam ! Terima Islam maka kamu selamat.  Hanya Islam dan pendokongnya yang selamat sementara penentang Islam akan rosak dan binasa.

“Usah bimbang pada doa itu. Doa tersebut supaya kapal UMNO karam, sementara kami telah menyediakan platform dan dermaga yang utuh untuk menyelamatkan ahli – ahli UMNO dari kapal yang semakin dimasuki air dan bakal tenggelam itu.”ujar beliau.