Ia adalah kerana menurutnya, para pemimpin tertinggi Umno telah menghina hukum-hukum Islam dan menghina Nabi Muhammad SAW.
Antaranya, kata Datuk Tamrin, adalah kenyataan akhbar bekas Presiden Umno, Tun Mahathir Mohamad yang disiarkan pada 12 Mei, 2000 yang disiarkan di muka surat 6 akhbar Utusan Malaysia.
“Mahathir pada tahun 90an….(dan) 80an lagi telah menghina ulamak-ulamak dan telah menghina junjungan besar RasuluLlah SAW, hari ini kawan saya dari arkib negara menghantar e-mel kepada saya keratan akhbar pada 12 Mei tahun 2000, muka surat 6 Utusan Malaysia….apa Mahathir kata?
“(katanya) kita tidak perlu berterima kasih kepada (nabi) Muhammad (SAW) dan kita tidak perlu mengagung-agungkan Muhammad…..Muhammad SAW itu siapa? Rasul kita!,”tegasnya.
Datuk Tamrin berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Bukit Tunggal dekat sini pada Rabu 21 November. (Gambar – Datuk Tamrin mengemuka bukti ucapan pemimpin Umno menghina Ilam – Lihat Video)
Beliau yang juga anak kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tun Ghaffar Baba sebelum itu mendakwa, Mahathir adalah pemimpin Umno yang pertama menjalinkan hubungan dengan negara haram Israel.
“Tun Mahathir telah senyap-senyap menghantar sahabat karib dia, Tengku Abdulla Melewar almarhum pergi ke Tel Aviv (ibu negara Israel) untuk mngadakan rundingan sulit,
“dialah orang yang mula-mula mengadakan perbincangan dengan pihak Israel,”ujarnya.
Selain Mahathir, beliau berkata, Perdana Menteri Malaysia masa kini, Najib Tun Razak yang juga pemimpin agung Umno, turut mengeluarkan kata-kata yang menghina hukum Allah SWT.
“Najib Tun Razak sendiri sebenarnya, awal-awal lagi semasa dia menjadi Menteri, Najib berucap pada 20 April 1983, apa kata Najib?,
“(katanya) negara akan huru hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan,”jelasnya.








