Diserang ‘Angin Ahmar’, Nazir Perlu Bantuan

1407

DUNGUN – Dahulu beliau antara insan yang ringan tulang, peramah dan sentiasa menyapa semua orang. Namun kini, Mohd Nazir Mohamed, 49, terlantar setelah diserang penyakit lelah yang agak kronik.

Lebih menyedihkan, setelah hampir 2 bulan ditahan untuk rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu (HSNZ), Nazir disahkan terkena angin ahmar.

Leher beliau pula terpaksa ditebuk bagi memudahkan ledir kahar disedut keluar.

IMG-20160321-WA0018Beliau yang mempunyai 5 orang anak yang masih kecil, bekerja sebagai buruh am sementara di Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) di sini.

Beliau yang ditemui dirumahnya sebentar tadi, walaupun keletihan kerana perjalanan yang jauh dari HSNZ namun masih tersenyum bila disapa oleh para jiran.

Pengarah MTD Bukit Besi, Tuan Haji Ghazali Sulaiman turut sama menyambut kepulangan Mohd Nazir. Haji Ghazali yang ditemani AJK Pemuda Dun Bukit Besi hadir dengan membawa sebuah katil klinikal bagi memudahkan rawatan Mohd Nazir di rumah.

“Setelah mengetahui Nazir dah boleh keluar daripada hospital, kami berusaha mencari katil yang sesuai untuk pesakit stroke. Alhamdulillah,

“ada seorang hamba Allah yang telah sudi meminjamkan katil tersebut kepada Nazir,”ujar Haji Ghazali yang juga Setiausaha PAS Kawasan Dungun.

Tambah Haji Ghazali lagi, ketika Mohd Nazir terlantar di HSNZ, pihak MTD telah beberapa menziarahi beliau di sana.

IMG-20160321-WA0015“Ketika Nazir terlantar di hospital, saya difahamkan oleh isteri beliau kos terpaksa ditanggung sendiri kerana status nazir hanya pekerja sementara’

“Atas simpati ini, pihak MTD isyaallah akan cuba membantu sekadar mampu bagi meringankan beban beliau sekeluarga,’ jelas Haji Ghazali.

Puan Rohani Abdul Rahman, 39 memberitahu kos rawatan suaminya ketika berada di rumah mungkin meningkat tinggi berbanding di hospital.

Kos yang membabitkan susu formula khas dan lampin pakai buang. Rohani seorang surirumah buntu memikirkan masalah tersebut dan berharap agar orang ramai sudi membantu beliau sekeluarga.

Bagi mereka yang ingin membantu meringankan masalah Mohd Nazir boleh menghubungi pihak MTD Dun Bukit Besi atau menyumbang terus ke akaun Rohani Abdul Rahman (BSN : 11104-41-000081879).