Dekoder TV Percuma: Ahli Parlimen Dungun Tempelak Kerajaan

3350

Oleh : Khalid Abdullah

KEMAMAN – Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli menemplak kerajaan Barisan Nasional (BN) yang berterusan mengula-gulakan rakyat dengan pemberian ‘dekoder’ television (TV) percuma menjelang pilihanraya umum ini.

Beliau berkata, rakyat mahukan keadaan ekonomi yah lebih baik, bukannya alat untuk leka melihat TV.

“Ingat, dalam melibatkan perkara fizikal, perkara luar dasar, pemimpin mesti turut kehendak rakyat,

“contohnya sekarang, kerajaan sedang sibuk bagi dekoder percuma kepada rakyat (penerima BRIM) supaya mereka boleh tengok TV,

“sebenarnya rakyat bukan nok (mahu) dekoder, rakyat nok barang murah, rakyat nok minyak murah, rakyat nok kos sara hidup rendah, rakyat nok peluang pekerjaan!

“ini pergi buei (bahagi) dekoder, nok buat mende (apa)?, tidak kena dengan kehendak rakyat, tidak layak memimpin!,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian ketika menikmati jamuan moreh bersama penduduk kejiranan Taman Selasih, Kertih di sini, sebaik sahaja selesai mengerjakan solat sunat tarawih dan menyampaikan takzirah pada sabtu 10 Jun.

Ustaz Wan Hassan juga mengingatkan penduduk yang hadir tentang kelebihan memilih PAS sebagai kerajaan selepas pilihanraya umum nanti.

“Kuasa kerajaan ini besar, kalau ada orang pecah amanah, kerajaan kena ambil tindakan, ini tidak, kerajaan pun baham rasuah jugak

“sepatutnya dia tangkap perompok, ini dia sendiri jadi perompak….sehari dua ini duduk pasang perangkap laju AES, berkira-kita hendak ambil kesempatan sahaja dari rakyat

“Kerajaan dok rok cetong, macam drakula cekik darah… kurus kering doh rakyat….” kata beliau lagi.

Beliau juga mengambil kesempatan menyeru penduduk yang hadir untuk terus memperhebatkan amalan kebaikan sepanjang bulan puasa ini dan berusaha untuk beroleh kelebihan malam Laitatul Qadar.