Oleh : Nooreni Abu Bakar
DUNGUN – Masyarakat Malaysia umumnya telah mengiktiraf Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI) sebagai pilihan utama untuk pendidikan anak-anak peringkat Pra-Sekolah.
Sesungguhnya kejayaan itu adalah atas usaha gigih dan dedikasi yang dicurahkan oleh guru-guru PASTI.


“Dengan imbuhan yang sedikit, guru PASTI sanggup, menyumbangkan tenaga dan masa semata-mata untuk memastikan matlamat penubuhan PASTI tercapai,
“Tahniah dan terimakasih kepada guru-guru PASTI yang sentiasa bersungguh-sungguh di dalam menjayakan agenda PASTI,”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Iftor dan Sumbangan Hari Raya PASTI Dewan Undangan Negeri(DUN) Rantau Abang, yang diadakan di Hotel UiTM, Dungun.


“jaga anak kita, dengan siapa mereka berkawan, solat lima waktu, hormat orang tua, mestilah kita sebagai ibubapa perlu titikberatkan,”katanya.
Sempena majlis tersebut, guru-guru PASTI turut menerima sumbangan sempena hariraya yang akan tiba dari Pemuda PAS DUN Rantau Abang.




























