Debat Hishamuddin – Ramli; DPPNT Beri Tempoh Sehingga 24 Februari

729
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita15/dppnt%20serah%20surat%20debat.jpg

Setiausaha DPPNT Zaidan Abdullah berkata surat jemputan tersebut dihantar bagi pihak Exco DPPNT, Ustaz Hishmuddin Abdul Karim bagi menyahut cabaran yang dibuat oleh Ramli Nuh melalui laman blog teganukita pada 13 Februari lalu.

“hari ini kita telah hantar surat kepada YB Ramli Nuh bagi jemputan (menjemput belia untuk) debat…..yang mana kita (DPPNT) kita menyahut cabaran (Ramli Nuh) kepada Hishamuddin melalui web Teganukita pada 13 Februari 2013,

“dan debat ini kita cadangkan pada 7 Mac 2013, dan kita telah tanya PA (Pembantu Khas) dia (Ramli Nuh) tadi….setakat ini tarikh 7 Mac itu dia (Ramli Nuh) kosong (belum ada program) lagi,”ujarnya ketika ditemui dihadapan pejabat ADUN Tepoh, Dekat sini, sebaik menyerahkan surat jemputan tersebut.

[Lihat Video]

Oleh itu, Zaidan berkata, DPPNT berharap Ramli Nuh dapat hadir pada tarikh yang dicadangkan dan debat tersebut dapat diteruskan.

Pihak DPPNT, kata Zaidan, menyerahkan kepada pihak Ramli Nuh bagi menyatakan tempat dan format debat tersebut dan menganggap pihak Ramli yang uga Timbalan Exco Agama dan Penerangan negeri bersetuju dengan tarikh yang dicadangkan.

“Kita serah kepada dia, serah kepada pihak Ramli Nuh…YB, untuk menyatakan tempat dan format debat, setelah tarikh itu kita kira dipersetujui bersama, dan kita minta jawapan dari pihak YB selewat-lewatnya pada 24 Februari ini, pada jam 12 tengah hari,”jelasnya.

Beliau menegaskan, sekira tidak mendapat sebarang maklum balas dari Ramli Nuh, DPPNT menyifatkan, jemputan debat tersebut diterima oleh pihak Ramli Nuh.