Terengganu, Malaysia

‘Datuk T’ mendapat perlindungan pihak tertinggi

http://buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2011/03/fathi.jpg– polis dianggap menyokong penyebaran bahan lucah sekiranya tiada tindakan
KUALA TERENGGANU
– Pihak Lajnah guaman Dewan Pemuda PAS negeri Terengganu, percaya ‘Datuk T’ dilindungi oleh pihak tertinggi berdasarkan tindakan mereka yang berani membuat pengakuan dalam kes video seks.

Menurut wakilnya, Fathi Aziz Abu Bakar, ketiga-tiga individu yang menggelar mereka ‘Datuk T’ itu Tan Sri Rahim Thamby Chik, Dato’ Eskay Shazril Abdullah dan Datuk Shuib Abdullah adalah melanggar Seksyen 292 Kamun Keseksaan, Seksyen 5 Akta Penapisan Filem dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia apabila menayangkan video tersebut kepada pemberita dan para wartawan

“(filem lucah) ada, menyebabkan dirinya dalam milikan, jagaan atau pemunyaan. Hukumannya denda tidak kurang RM10,000 tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,”ujarnya ketika menjelaskan berkaitan Akta Penapisan Filem tersebut.

Menurutnya, hukuman denda atau pejara itu adalah wajib dikenakan keatas sesiapa yang memiliki filem lucah dan kesalahan yang dilakukan adalah satu kesalahan yang berat.

Beliau berkata, mahkamah patut mensabitkan kesalahan tersebut ke atas ketiga-tiga ‘Datuk T’ itu kerana menurutny analogi kes video lucah itu umpama orang yang mencuri, dan barang curi tersebut ada padanya, 

Beliau yang juga seorang peguam menegaskan, pihak polis boleh dianggap menyokong penyebaran bahan-bahan lucah tersebut sekiranya tidak mengambil apa-apa tindakan.

“Kalau pihak polis tidak mengambil indkan, maknanya, kita boleh menganggap (presume) bahawa, kita boleh andaikan bahawa pihak polis menyokong penyebaran dan pemilikan bahan-bahan lucah,”tegasnya

Justeru beliau memohon pihak polis supaya menjalankan penyisatan lebih mendalam bukan sahaja kepada tga individu terbabit, tetapi siapakah ‘dalang’ dibelakang kes video seks tersebut.

http://www.youtube.com/watch?v=Jps5c3w_0Vc&feature=channel_video_title

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan