Dato’ Ustaz Husein Awang Pesuruhjaya PAS Terengganu Yang Baharu

9481

KUALA TERENGGANU – Mantan Yang DiPertua (Speaker) Dewan Undangan Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Haji Husein Awang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu yang baharu.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan, selepas Mesyuarat Jawantankuasa PAS Pusat kali pertama di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur.

“hari ini Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS telah membuat cadangan (pelantikan) dan semuanya telah dipersetujui oleh jawatankuasa,

“yang kedua, (Pesuruhjaya PAS Negeri) Terengganu….ini merupakan muka baru ….Dato’ Ustaz Haji Husin Awang,” ujarnya pada satu sidang media.

Sehubungan itu, menurut satu senarai yang disahkan, mantan Pesuruhjaya YB Ustaz Satiful Bahri Mamat telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuaa PAS Pusat.

“Ustaz Satiful telah diamanahkan sebagai Timbalan Pengerusi Lujnah Asas Tani dan Alam Sekitar dan saya sebagai Timbalan Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan,

“serta Timbalan Pengerusi Khidmat Malaysia,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Dr.Azman Ibrahim, ketika dihubungi.