Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS Berjaya Ketepikan Penghakiman Ingkar

2576

Alhamdulillah. Pada jam 2.30 petang tadi, Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu di Sabah telah membenarkan permohonan Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang (TGHH) untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar bertarikh 12/8/2016 yang dimasukkan tanpa kehadiran dan pengetahuan TGHH.

2. Penghakiman Ingkar bertarikh 12/8/2016 tersebut telah dimasukkan oleh Peguam Marcel Jude a/l M S Joseph melalui Writ Saman yang difailkan dalam Guaman No. BI-A52NCVC-11-1/2016 (Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu Sabah).

3. Setiausaha Agong PAS, YB Datuk Hj Takiyudin Bin Hassan bagi pihak TGHH dan PAS telah menyampaikan ucapan Tahniah dan Penghargaan kepada Peguam PAS yang mengendalikan kes ini, Tuan Hamid Bin Ismail, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah merangkap Pengerusi Luham Sabah.

4. Kes ini dianggap selesai kerana Mahkamah Sesyen telah membuang Writ Saman tersebut pada 28 Julai 2016.

Sekian,
Ahmad Lutfi Awang
Setiausaha,
Lujnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) PAS