KUALA TERENGGANU – Dataran PGU yang menjadi lokasi Karnival Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi bermula pada Khamis 22 September, bakal menggamit kenangan Himpunan PAS GANTI UMNO (PGU) tahun 2012.
Ia merupakan satu kawasan tanah lapang seluas empat ekar terletak di lokasi strategik di tengah-tengah Pekan Jabi di laluan jalan utama Jerteh – Kuala Terengganu.
Tanah milik keluarga Almarhum Hj Daud Samad, bekas Menteri Besar Terengganu dizaman Kerajaan PAS Terengganu tahun 1959 mula digunakan untuk penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno (PGU) pada 2012 lalu.


“Bersempena dengan penganjuran Program PGU tersebut, maka kawasan tanah lapang ini dinamakan DATARAN PGU JABI.
“Kini Dataran PGU Jabi dilengkapi dengan sebuah binaan pentas kekal, bekalan lektrik, bekalan air termasuk kemudahan tandas dan bilik air.
“Ia menjadi pusat untuk penganjuran program-program PAS Jabi dari 2012 sehingga sekarang,”ujarnya.
Menurutnya, kenangan tersebut akan terpahat kembali dalam ingatan apabila Karnival membuka tirai dengan acara bual bicara bersama Ustaz Azhar Idrus dan Ijam Medicine.
“Bakal membuka tirai karnival pada hari Khamis 22 September 2016, jam 9.30 malam ialah program bual bicara bersama Ustaz Azhar Idrus dan Ijam Medicine,
“Persiapan ke arah itu sedang rancak dilakukan untuk menerima kehadiran pengunjung,”katanya


Mengisi slot kuliah maghrib pada malamnya,kata beliau ialah Kiyai Dr Hj Ahmad Najib Afendi yang diundang khas dari Pesantren al Hikmah Jawa Tengah, Indonesia.
“Pak Kiyai yang berkelulusan dari Baghdad dan memiliki ijazah PhD dari Morocco adalah teman sepengajian saya dulu,”jelasnya.
Selepas solat Isyak pula, acara Malam Kesenian Islam akan memeriahkan tapak karnival.
“Nantikan penampilan Kumpulan Dikir dakwah, Xuar XPDC, Kumpulan Nasyid ar Rasy dan Kumpulan Sidrain.
“pagi Sabtu 24 September 2016 pula dikhususkan untuk acara muslimat dengan pelbagai acara menarik.
“Ahli Parlimen Rantau Panjang Kelantan, YB Hajah Siti Zailah Mohd Yusof akan menyampaikan ceramah motivasi,”katanya lagi.
Selain itu, katanya, slot ceramah dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan mengisi ruang program Pada petang Sabtu 24 September
Pengunjung juga berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan dengan pasukan doktor dan perawat as Syifa’ yang akan berada di tapak karnival sepanjang program.


“penutup tirai karnival ialah perdana menampilkan
YB Dato’ Nik Mohd Amar Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Ustaz Satiful Bahri Mamat, Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Ustaz Dr Ridhuan Mohd Noor, AJK PAS Pusat.”jelas beliau.
Justeru itu, beliau menjemput dan mempersilakan seluruh rakyat Terengganu, hadir beramai-ramai dan memeriahkan Karnival tersebut.
“Boleh bawa anak dan seisi keluarga bersantai di Karnival kemudian mandi-manda di Lata Belatan dan makan sate Jabi sebelum pulang,”tambahnya.




























