KUALA TERENGGANU – Susulan dari kesanggupan pihak Jawatankuasa Bertindak Kampung Banggol Donas (JBBD) yang di ketuai oleh Tuan Hj. Salleh Embong untuk menjawab semua kekeliruan dan fitnah yang dilontarkan kepada perjuangan JBBD, GANTI (Gerakan Anak Terengganu Insaf) telah mengambil inisiatif untuk cuba mempertemukan Tn Haji Salleh dengan YAB Dato’ Menteri Besar.
Menurut Presiden GANTI, Haji Ahmad Amzad Hashim, satu dialog terbuka yang diharapkan dapat memberi ruang kepada kedua belah pihak, JBBD dan Kerajaan Negeri Terengganu mencari jalan penyelesaian kepada isu yang terlalu lama berlarutan.


Katanya, surat tersebut telah diserahkan kepada pegawai pejabat Razif kira-kira jam 12.30 pagi
Beliau berharap akan mendapat jawapan dari pihak Razif dengan seberapa segera, oleh kerana surat tersebut diserahkan ‘dengan tangan’.
Sebelum itu, beliau kesal tindakan pihak kerajaan negeri menganjurkan satu majlis diatas jejantas yang tidak siap, berhampiran dengan kampung Banggol Donas.
“saya dikejutkan dengan berita tindakan provokatif yang kebudak budakan yang menggesa penduduk Kampung Banggol Donas menandatangani kanvas besar yang bertulis gesaan untuk kerajaan bertindak terhadap pemilik pemilik tanah.
“Ini betul-betul berhampiran rumah mangsa terlibat. Malah ada berita MB pun turut hadir tandatangan,”jelasnya
“sekiranya betul…….sayang sekali……..mangsa (rampasan tanah Banggol Donas) sudah berkali-kali berharap dapat berjumpa MB untuk selesaikan masalah,
“namun begitu walau MB sudah sampai begitu hampir dgn rumah mangsa, YAB Dato memilih untuk hadir tandatangan kanvas berkenaan sahaja dan bukannya menziarah mangsa dan bertanya khabar,”tegas Amzad.
Berikut dilampirkan adalah isi surat yang dihantar oleh GANTI;


Presiden GANTI
21hb April 2015
Kandungan Surat.
Kepada
YAB DATO’ HJ. AHMAD RAZIF BIN ABDUL RAHMAN
Menteri Besar Terengganu
Wisma Darul Iman
Kuala Terengganu
21hb. April 2015
Assalamua’laikum Wrt. Wb.
Yang Amat Berhormat Dato’,
Per : Jemputan Dialog Terbuka Merungkai Isu Kampung Banggol Donas: Mencari Titik Penyelesaian
Merujuk kepada perkara atas, sukacita dimaklumkan Gerakan Anak Terengganu Insaf (GANTI) adalah sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang bergerak cergas di negeri Terengganu membantu masyarakat membuat perubahan dalam permasalahan kehidupan masyarakat khususnya bersabit isu-isu rakyat.


3. GANTI telah mengambil inisiatif berbincang dengan Jawatankuasa Bertindak Isu Banggol Donas (JBBD) yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Salleh bin Embong yang kami dapati sebenarnya mahu menyelesaikan dan memberi penjelasan berhubung isu ini serta merungkai segala permasalahan. Kami dapati JBBD tidak berpendirian menentang projek pembangunan yang mendatangkan manfaat kepada rakyat.
4. Sehubungan dengan itu GANTI dengan persetujuan Tuan Haji Salleh Embong yang mewakili JBBD dengan sepenuh harapan menjemput YAB Dato’ untuk hadir atau menghantar wakil bagi sebuah program “Dialog Terbuka Merungkai Isu Kampung Banggol Donas: Mencari Titik Penyelesaian”.
5. Tarikh serta tempat bagi Dialog ini kami pohon YAB Dato’ yang tentukan mengikut kesesuaian masa YAB dengan maklum balas YAB Dato’ semoga dapat kami terima dalam tempoh 7 hari dari tarikh surat ini.
6. Sekali lagi kami ingin menyatakan harapan kami agar Isu Banggol Donas ini dapat diselesaikan dengan cara yang merungkai segala kekilanan di semua pihak. Sementelah lagi isu ini melibatkan masyarakat kampung, tanah pemilikan melayu, sesama umat Islam dan bangsa melayu yang mana YAB Dato’ selaku Menteri Besar Terengganu mempunyai kuasa untuk menamatkan isu ini secara baik dan harmoni.
7. Untuk sebarang pertanyaan, pihak YAB Dato’ bolehlah berhubung terus dengan saya, Haji Ahmad Amzad bin Hashim ( Presiden GANTI) di nombor telefon 019-985 4013.
Kerjasama dan jasa baik dari pihak YAB Dato’ saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian, dengan hormatnya dan terima kasih.
Wassalamua’laikum Wrt. Wb.
Yang benar
Haji Ahmad Amzad Hashim
Presiden GANTI
Salinan:
1) Jawatankuasa Bertindak Banggol Donas (u.p: Tn. Hj. Salleh Embong)




























