Cukuplah Rakyat Di Perbodohkan Umno dan BN

1693

SETIU – Rakyat negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya, diseru agar menolak Umno dan Barisan Nasional (BN) yang telah melakukan terlalu banyak perkara ‘sumbang’, seolah-olah memperbodohkan rakyat.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Husain Awang berkata, di zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, kebanyakan Menteri dan Timbalan dibawah kabinet Dato’ Seri Najib sekarang adalah pemimpin Umno yang sama, mentadbir kerajaan di waktu itu.

Katanya, merekalah orang sama yang membela Dr. Mahatir pada masa tersebut, walaupun Mahathir telah melakukan pelbagai ‘onar’ dan ‘makar’.

“waktu Mahathir jadi Perdana Menteri, (terjadi peristiwa) ‘bunuh’ di Memali. masalah ‘BMF’ (iaitu) kehilangan wang di Hong Kong….tak selesai sampai hari ini,

“kes Perwaja Terengganu……(skandal) kilang besi…..entah ke mana hari ini (dan) kita desak supaya tubuh Suruhanjaya Diraja menyiasat pemimpin-pemimpin Umno hak yang marah ke Mahathir le leni lah yang (dulunya) tukang ampu…… tukang duk pertahan, tukang duk bela Dr Mahathir,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketia menyampai ucapan pada ceramah penutup Karnival Jabi Sabtu, 5 Ogos.

Sebaliknya menurut beliau, setelah tidak ada kuasa Mahathir yang sama sekarang telah membuat dakwaan bahawa Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memiliki wang sebanyak RM230 juta dalam akaunnya ketika mengisytiharkan hartanya pada tahun 1996.

Pada masa yang sama, kata beliau, rakyat kita terus ‘diperolok-olokkan’ oleh pemimpi Umno kerana Mahathir sendiri tidak mengambil apa-apa tindakan walaupun mempunyai maklumat bekas Ketua Pemuda Umno itu mempunyai ‘laba’ sebanyak itu.

“Bodoh kita ketika tu kita percaya……..bila Mahathir tak ada kuasa puak-puak ni juga lah hak tukang ampu hari tu nye (dia) ‘kebe’ (bongkar) balik kejahatan Mahathir,

“Tak (ke) jadi bodoh kita? (Dato’ Seri Dr.) Zahid Hamidi waktu dia dilantik menjadi Ketua Pemuda Umno, Mahathir minta laporan mengenai dengan harta diatas sifat dia sebagai Perdana Menteri minta supaya menteri-menteri dan kabinet laporkan pemilikan harta masing-masing,

“Mengapa baru sekarang lapor (beritahu rakyat) Zahid Hamidi dia ada pitih (duit) RM320 juta? Waktu tu, 20 tahun dulu ataupun 10 tahun dulu (mengapa tidak bertahu)? (jadi) sekarang berapa juta (duit Zahid) yang ada tak tahulah.,” soal beliau

Justeru itu, beliau menyeru semua rakyat membuat perubahan pilihan raya denga tidak memilih parti Umno dan BN yang telah merosakkan negara ini.

“saudara-saudara sekalian marilah bersama-sama dengan PAS dan marilah kita memberikan keyakinan semula kepada PAS negeri Terengganu

“untuk mengurus dan memimpin negeri pada pilihanraya akan datang ini,”seru Ustaz Husain.