Cukai Pintu Naik; MBKT Tidak Berhemah?

1252

Dewan Pemuda PAS Nenegeri Terengganu (DPPNT) amat bersimpati dengan beberapa rintihan orang ramai tentang kenaikan taksiran cukai yang dikenakan oleh pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

DPPNT terpanggil untuk menuntut pejelasan terperinci kenaikan cukai tersebut. Rata-rata pemilik mengadu penerimaan notis semakan senarai nilaian baru yang mengalami kenaikan yang sangat tinggi.

Memahami realiti cukai pintu dikenakan ke atas nilai semasa hartanah, namun kenaikan mendadak sebegini dilihat sebagai tidak wajar dan menekan pemilik.

Pihak kami yakin, pihak MBKT memiliki langkah yang lebih sesuai dan berhemah dalam mentaksir kenaikan nilai hartanah ini.

tmp_IMG-20140426-WA00971170162014Kenaikan mendadak sebegini menimbulkan beberapa persoalan antara lain ialah :

1. Berapa lamakah tempoh yang ditetapkan oleh MBKT untuk menilai semula hartanah?

2. Jika tempoh tersebut adalah wajar, adakah kenaikan nilai hartanah boleh menjadi sehingga 6 kali ganda dari jumlah tahun sebelumnya?

3. Tidakkah MBKT mempunyai formula yang lebih berhemah selain membuat keputusan menaikkan taksiran cukai secara mendadak sebegini?.

DPPNT menegaskan bahawa MBKT perlu melihat kesan kepada kenaikan ini secara keseluruhan. Sebarang kenaikan mendadak tentu saja memberi kesan langsung kepada pemilik dalam suasana ekonomi negara yang kian meruncing. Hal ini bakal menimbulkan kesan jangka panjang kepada pemilik dan juga pihak MBKT sendiri dan pastinya ia dirasai oleh seluruh rakyat.

Kami menghormati ruang bantahan yang disediakan. Namun ruang ini dilihat sebagai sempit kerana tentu saja semua pemilik akan berasa kurang senang dengan kenaikan ini. Hal ini akan meningkatkan kos pengurusan MBKT sendiri.

DPPNT berharap agar kenaikan ini dapat dikaji semula oleh pihak MBKT demi kebaikan bersama rakyat seluruh Terengganu.

“SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2014”

“RAHMAT UNTUK SEMUA”

USTAZ KAMARUZZAMAN ABDULLAH
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu.