‘Cosplay’ Pakaian Pahlawan Islam di Himpunan HIMPIT: Terima Kasih Ketua Polis Terengganu

343

PAS mengucapkan terima kasih kepada Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa, yang mengesahkan gambar yang tular di media sosial yang disyaki anjuran sebuah parti politik adalah acara PERARAKAN PAKAIAN, REPLIKA SENJATA dan WARISAN ISLAM.

[2] Pihak Polis juga mengesahkan perarakan tersebut merupakan salah satu daripada acara yang dipertandingkan pada program itu iaitu reka cipta bertemakan pakaian, senjata REPLIKA dan warisan Islam.

[3] Ia menjawab tohmahan jahat yang dilempar seorang pemimpin muda sebuah parti komponen PH di Kelantan yang mengkaitkan Cosplay Himpunan HIMPIT di Terengganu sebagai unsur yang boleh disiasat di bawah Akta Bahan Kakisan dan Letupan Sejata Berbahya 1958 (Akta 357) dan juga ada yang mencadangkan ia dilihat dalam aspek ‘anti keganasan’ (counter terrorism).

[4] PAS menegaskan Himpunan HIMPIT di Terengganu dengan pakaian yang menjelmakan watak pejuang Islam di zaman para sahabat adalah satu Manifestasi Semangat Sayang Kepada Perjuangan Para Sahabat dan cinta kepada Islam. Apakah cinta kepada Islam itu sudah salah di zaman pemerintahan Malaysia Madani?

[5] Kami melihat isu ini sengaja dilempar kepada PAS dalam usaha memburuk-burukkan imej parti ini selain membawa lagi satu dogma Islamofobia dalam masyarakat.

YB HAJI Ir. Ts. Khairil Nizam
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Jerantut
20 Februari 2023