Corat-coret Banjir 2012; Puteri Jaja ‘Pampers’, Idris Mulut Berus

1314
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/corat%20coret%20banjir2.jpg

Di  tengah-tengah kesibukan Pimpinan PAS dan Unit Amal memberi sumbangan serta menyedaikan khidmat mencuci rumah ke rumah, terlihat kelibat sekumpulan kecil puteri umno.

Mereka masuk ke rumah salah sebuah rumah mangsa banjir bersama beg kertas yang saya fikir mungkin isinya lebih berharga daripada apa yang kami bawa.

Setelah mereka beredar kami menghampiri rumah tersebut dan menghulur sekampit beras kepada mangsa (seorang mak cik) yg masih memegang beg kertas tadi.

Dengan nada yang sedih dia mengucap terima kasih sambil menunjukkan apa yang ada dalam beg kertas tersebut.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/banjir%20kg%20pdg%20bual.jpgAlangkah terkejutnya kami bila melihat  satu pek ‘pampers’ (lampin pakai buang) dan tuala wanita dalam beg plastic yang dibawa oleh siputeri umno.

“Tak ada benda lain ke nak bagi, anak kecik dah la tak ada benda tu pun dah lama dah mak cik tak pakai,” ujarnya.

Dalam pada masa yg sama, ada penduduk yang tersinggung dengan kenyataan dua individu yang diharapkan dapat membela nasib mereka.

“Kalau macam ni bukan bencana alam lagi ni…… ,” dan lebih teruk lagi Mantan Menteri Besar Terengganu itu berkata lagi, “baru buka satu pintu gate (empangan) pun dah kalut!”.

Walau pun dinyatakan dengan nada gurauan tapi itu sudah cukup untuk mengguris perasaan mangsa bencana banjir.

Sudah lah lambat bertindak, bila semua sudah selesai baru terhegeh-hegeh mahu membantu!

2000 kampit beras, 4000 Kilo Gula, 4000 kilo Tepung, 2000 Botol Minyak Masak
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/corat%20coret%20banjir4.jpgDi kawasan Parlimen Kemaman, skuad BO dimaklumkan PAS Kawasan Kemaman telah menghulurkan bantuan kepada hampir 2,000 keluarga yang terlibat dengan banjir.

Pengerusi Lujnah Kebajikan PAS Kemaman Hj Zulkifli Mat Yakim dilaporkan menyifatkan bencana banjir yang melanda pada 2012 adalah antara yang terburuk sejak sejak lebih 10 tahun lalu.

Tidak kurang 2000 kampit beras, 4000 kilogram gula, 4000 kilogram tepung, minyak 2000 botol minyak masak, teh, biskut dan selimut telah diagihkan oleh PAS Kemaman kepada para penduduk yang terjejas.

Sumbangan disampaikan  kepada mangsa-mangsa banjir  tersebut di Kampung Pasir Gajah, Dewan Undangan Negeri (Dun) Air Putih, Kemaman pada 31 Disember lalu.

Menurut Haji Zulkifli, Dun Air Putih paling teruk dilanda bencana yang melibatkan 10 Unit Peti Undi (UPU) kecuali di Felda Neram dan Cheneh terselamat.

Beliau berkata, bantuan diberikan kepada semua mangsa terlibat tanpa mengira fahaman politik kepartian, bangsa dan agama.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/corat%20coret%20banjir3.jpg“Kali (bencana) ini merupakan antara banjir yang terbesar sejak beberapa tahun lalu. Di Dun Air Putih paling teruk terjejas melibatkan 2,000 buah keluarga di 10 buah UPU.

“Kita (PAS) bagi (beri) kepada semua orang (mangsa) dan tidak kira fahaman politik mereka, bangsa dan agama kerana Islam mengajar kita ‘ehsan’ sesama makhluk (manusia),” ujarnya.

Justeru beliau mendakwa, PAS lebih kedepan dan pantas dalam gerak kerja membantu mangsa-mangsa banjir berbanding kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Saya boleh puji Unit Amal dan Skuad Pusat Khidmat Masyarakat kita (PAS) yang pantas bertindak dan cepat dalam membantu mangsa-mangsa bencana ini.

“Ini (operasi) paling berjaya dan mampu memikat hati-hati rakyat sebagaimana slogan Negara Berkebajikan yang PAS bawakan kepada rakyat, Insya’Allah,” jelasnya

Di mana Bantuan Umno dan Barisan Nasional?

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/corat%20coret%20banjir1.jpgPada 10 Oktober 2012, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Terengganu berkata persiapan menyeluruh telah dilakukan di negeri ini termasuk bekalan makanan, keperluan harian, kelengkapan logistik, kenderaan dan kekuatan anggota di barisan hadapan serta sokongan.

Sedap telinga mendengar ‘cakap politik’ pemimpin Umno-BN yang tidak pernah mengaku kelemahan diri mereka.

Kata Nazri lagi yang dipetik Utusan Malaysia, stok bekalan makanan dan keperluan harian mulai ditempatkan di pangkalan hadapan dan di kawasan yang sering terjejas termasuk Depoh Simpanan Keperluan Bencana Zon Timur di Pulau Kerengga, Marang yang telah beroperasi sepenuhnya.

Namun sebaliknya apabila berlaku banjir di Kuala Jengai, Dungun Terengganu dua orang mangsa banjr telah ditemui oleh skuad BO Dungun.

Tidak perlu dituliskan lebih panjang di sini, cukuplah dengan melihat dua klip video yang dirakamkan sebagaimana link yang dipaparkan.

1. JKKK Tak Nampak Batang Hidung
2. JKKK Tak nampak Muka