KUALA TERENGGANU – 

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim sukacita kerana program kemaayarakatan bersama penduduk kariah Kampung Durian Burung.
“Alhamdulillah, ia berlangsung dengan sangat baik, perbincangan berhubung masalah rempit yang terlalu serius, berlangsung di Surau Al Ikhlas, (Masjid Lama) Durian Burung, Kuala Terengganu,
“walau notisnya singkat cuma 5 jam, dapat mengumpulkan lebih 60 orang peserta,”jelasnya.
Menurutnya, antara hasil utama pemuafakatan tersebut adalah, kerjasama penduduk dan pihak pihak polis untuk membenteras gejala yang menimbulkan pwlbagai masalah itu
“PDRM akan kerjasama dengan penduduk dalam menyelesaikan masalah terbabit dan bersetuju agar perbincangan berkala sebulan sekali secara terbuka dengan orang ramai akan dilaksanakan disurau,
Disamping itu, surau akan aturkan program libatkan polis, untuk kempen pencegahan dan taklimat kepada penduduk,”ujarnya.
Oleh itu, beliau berkata, pihak polis melaksanakan operasi dengan bantuan orang ramai dan operasi dirancang secara bersama.
Selain iru, kata beliau, pendekatan agama akan diguna dimana setiap kali operasi berdekatan lokasi surau,
“Mat rempit yang ditangkap akan dikumpul di surau dan diberi pengisian rohani oleh ustaz-ustaz yang juga diatur bersama unit agama polis,”ujarnya
Justeru, beliau berkata konsep ‘Community Policing’ akan diusahakan agar unit amal dari PAS boleh diserap seramai mungkin tanpa ada sekatan oleh perbezaan politik.
“Tak boleh usaha dibuat dibawah pengaruh JKKK kerana akan ditolak oleh penduduk dan gagal dilaksanakan sebelum ini,
“Ketua Polis Negeri juga akan turun berucap kepada penduduk,”ujarnya lagi





























