‘Cipta’ Kerjaya Atasi Graduan Menganggur

1637

Oleh : Rohayati Ripin

MARANG – Ameerah negeri Terengganu menyarankan golongan remaja khususnya wanita muda agar ‘mencipta’ kerjaya dengan menceburi bidang perniagaan ataupun usahawan.

Ketuanya Zuraida Md Nor berkata, muslimat muda hendaklah mencipta kerjaya sama ada dalam bidang fesyen, makanan , industri berkaitan dengan kecantikan dan sebagainya

“Bagi mengatasi masalah penganguran yang tinggi di Terengganu ini, kita sebagai remaja jangan terlalu memilih kerja yang setaraf dengan kelulusan kita,

“Tapi kita fokuskan minda kita ini lebih kepada mencipta kerjaya……kita buat bisnes kita sendiri,

“Ramai pimpinan Ameerah dulu contohnya Rohani dia boleh buka taska dan tadika. Begitu juga kita ada Baity dan Nina yang mempunyai kemahiran dari segi ‘Grafik Designer’ mengambil inisiatif membuka kedai sendiri”, ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program ziarah kebajikan Ameerah Negeri Terengganu kerumah mangsa kemalangan maut, Allahyarham Ustaz Daud dan isterinya di Kampung Batangan, disini, semalam.

“Dalam keadaan dunia sekarang banyak perniagaan atas talian maka kita mesti mengambil peluang yang ada juga untuk memajukan ‘bisnes’ kita,

“Jadi semua itu membuka ruang dan peluang pekerjaan kepada remaja di luar sana”, tambahnya.

Jelasnya lagi, remaja perlu sentiasa mencari jalan bagaimana untuk memajukan bisnes mereka supaya orang ramai mengetahui produk yang dijual itu.

Katanya, penggunaaan media baharu amat digalakkan dikalangan remaja bagi memudahkan pemasaran produk yang dihasilkan.

“Kita membuka peluang dengan mengadakan kursus–kursus seperti kursus Pengiklanan Facebook (FB Ads) serta kursus keusahawan,

“Kita panggil penceramah ataupun usahawan berjaya seperti yang kita buat di program Himpunan Muslimat Muda (HAMRA) yang diadakan di perkarangan Masjid Pengadang Baru pada Febuari yang lalu,

“Dan kita turut menjemput tiga orang usahawan wanita yang berjaya dalam bidang perniagaan supaya menjadi inspirasi kepada anak–anak muda untuk turut serta berkecimpung dalam bidang ‘bisnes’,” kata Zuraida.

Turut hadir sama Ketua Ameerah Care Terengganu, Khairunnajjah Mohd dan Ketua Ameerah Care Marang, Nurul Imani Mohamad beserta beberapa orang Ahli Jawatan Kuasanya.