Ciplak Manifesto Pakatan Rakyat; Umno Layak Jadi Pembangkang

747
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/treler%20batu%206.jpg

Ketua Dewan Pemuda PAS Kemaman, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, Menteri Besar negeri Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said pula berkata manifesto yang ditawarkan oleh PAS Terengganu kepada seluruh rakyat tidk relaistik dan hanyalah ‘sebuah janji-janji kosong’.

Sebaliknya selepas itu, katanya, Umno-BN menciplak idea-idea yang dikemukakan oleh PAS dan Pakatan Rakyat kemudian mempamerkan kepada rakyat.

Oleh itu, beliau berkata, Umno-BN layak menjadi pembangkang terbaik selepas pilihanraya umum yang akan datang ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita18/Hishamuddin.jpg“bermula dengan membankrapkan idea dan manifesto Pakatan Rakyat, dan Menteri Besar Terengganu meletakkan manifesto PAS tidak realistik (hanya janji-janji kosong)……setelah kritik, mengutuk dan memperbodohkan manifesto PAS Terengganu dan Pakatan Rakyat,

“mereka mula menciplak satu demi satu………konsep yang digunakan ‘ctrl C + ctrl P’ (copy and paste) kemudian dipamerkan kepada rakyat, yang saya ingin gambarkan kepada seluruh rakyat, ini calon pembangkang yang (paling) layak,”ujarnya.

Bercakap diatas ‘Optimus Prime’ Treler Negara Berkebajikan PAS yang dinggah di Padang Bola Batu 6 dekat sini semalam, Selasa 9 April, Hishamuddin menyeru agar seluruh rakyat melakarkan satu perubahan kepada politik negara dan negeri ini.

Menurutnya, semua pihak, orang awam, para peniaga, pekerja swasta dan pegawai kerajaan mesti bekerja keras menentukan perubahan itu berlaku, kerana politik pada hari ini adalah politik untuk anak-anak muda dan masa hadapan.

“politik (hari ini) harapan untuk semua orang, samada lelaki dan perempuan, maka kita harus bekerja lebih gigih………(untuk) kita membentuk harapan baru untuk negara dn negeri kita………siapa lagi yang kita harap(kan) kalau bukan dari seluruh rakyat,

“untuk membina perubahan besar dalam pilihanraya umum ke-13, akan ana berkunjung tidak lama lagi,”tegasnya.