China Gunakan Teknologi Canggih ‘Menindas’ Penduduk Islam Uighur

3473
This picture taken on June 25, 2017 shows police patrolling in a night food market near the Id Kah Mosque in Kashgar in China's Xinjiang Uighur Autonomous Region, a day before the Eid al-Fitr holiday. The increasingly strict curbs imposed on the mostly Muslim Uighur population have stifled life in the tense Xinjiang region, where beards are partially banned and no one is allowed to pray in public. Beijing says the restrictions and heavy police presence seek to control the spread of Islamic extremism and separatist movements, but analysts warn that Xinjiang is becoming an open air prison. / AFP PHOTO / Johannes EISELE / TO GO WITH China-religion-politics, FOCUS by Ben Dooley (Photo credit should read JOHANNES EISELE/AFP/Getty Images)

Pemerintah China menggunakan teknologi pengawasan canggih untuk ‘menindas’ penduduk Islam Uighur di wilayah autonomi Xinjiang.

Media mingguan Jerman Der Spiegel dalam satu laporan menyatakan penduduk wilayah itu telah di pantau secara ketat oleh negara komunis tersebut.

“tidak ada tempat di dunia, bahkan tidak di Korea Utara, dimana rakyatnya dipantau secara ketat seperti di Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang,” kata wartawan Der Spiegel, setelah melakukan perjalanan ke rantau ini, yang merupakan rumah bagi 10 juta muslim ighur.

Menurut Bernhard Zand, bukan sahaja di ibu negara Urumqi tetapi juga di kampung-kampung gunung yang terpencil, kamera dipasang untuk memerhatikan tingkah laku penduduknya.

Tulisnya, pihak berkuasa China menggunakan pelbagai alat lain seperti pengimbas ‘iris’ dan ‘sniffers Wi-Fi’ untuk mengumpulkan data besar-besaran mengenai penduduk.

Katnya, kelompok Muslim Turki yang membentuk sekitar 45 persen penduduk Xinjiang, telah lama menuduh pihak berkuasa China melakukan diskriminasi budaya, agama dan ekonomi.

Menurut laporan Der Spiegel lagi, pihak berkuasa mula menggunakan teknologi paling moden dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengukuhkan kawalan mereka terhadap penduduk wilayah yang bergolak itu..

“Data besar-besaran mengenai Uighur, termasuk hubungan mereka, tabiat pengguna, aktiviti perbankan, status kesihatan,

“dan juga profil DNA telah dikumpulkan, disimpan dan dianalisis oleh platfom operasi bersama bersepadu,” lapor akhbar mingguan itu.

Ramai orang telah hilang, menurut laporan, sejak pengawasan besar-besaran bermula dan beberapa daripada individu telah dihantar ke ‘kem pendidikan semula’.