Oleh : NHA
MARANG – “Alhamdulillah, sambutan yang diterima begitu menggalakkan. Siapa sangka, ada yang teruja memberitahu pangkah PAS setiap kali mengundi,”ujar Puan Azizah Mohd Yusof, selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang (LPN DMPKM).


“Kesempatan ziarah muhibbah ini kami gunakan untuk mendekati kaum Cina tanpa mengira fahaman politik. Mereka (kaum Cina) dapat bertemu mata sendiri dengan isteri Adun Rhu Rendang, iaitu Yang Berbahagia To’ Puan Seri Hajjah Zainab Awang, atau lebih mesra dikenali dengan Che Ngah. Turut bersama adalah wakil Adun, Encik Wahad Osman”
“Walaupun kaum Tionghua di dun ini tidak ramai, tetapi mereka tidak dilupakan. Mereka menetap di sekitar Bukit Gasing dan Bandar Marang,”kata Puan Azizah lagi.


Turut serta mengiringi isteri Adun adalah pimpinan Halwa Rhu Rendang, Muslimat Bukit Gasing dan Bandar Marang. Selain ziarah ke rumah, mereka turut turun padang berjumpa dengan para peniaga Cina di sekitar bandar Marang.
Selaku Ketua Halwa DUN Rhu Rendang, Puan Azizah amat mengharapkan agar kemakmuran dan keharmonian kaum di dun tersebut. LPN dan Halwa DUN akan sentiasa merangka apa jua program bagi memastikan PAS sentiasa dekat dengan masyarakat, selain dapat menyebarkan mesej dakwah dan kesyumulan Islam kepada semua.




























