Chai Hing Seru Masyarakat Melayu, Cina dan India Pilih ‘Imam’ Yang Bertanggungjawab

656

Menurut Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing berkata, masyarakat Melayu yang beragama Islam begitu teliti memilih Imam untuk bersembahyang, yang bertugas selama 5 minit pada setiap waktu solat.

Oleh itu, katanya, memilih Imam yang menjadi ketua dan pemimpin negeri dan negara selama 5 tahun adalah lebih utama.

“didalam Islam seperti mana yang saya difahamkan seseorang pemimpin itu juga adalah ‘Imam’ untuk rakyatnya, justeru memilih ‘Imam’ itu adalah jauh lebih penting dari memilih Imam dalam solat,

“memilih Imam 5 minit (Imam solat) mereka (memilih) dengan begitu teliti sekali dengan mengambil kira sikap dan kejujuran seseorang itu, jangan kita memilih Imam 5 tahun yang dikaitkan dengan gejala rasuah, pembunuhan dan pelbagai skandal,”ujarnya yang pernah menjadi Pembantu Khas kepada Menteri Besar Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Majlis Penerangan di Kampung Gong Pak Damat, Bukit Tunggal pada Jumaat  22 Jun.

Katanya, pemilihan pemimpin yang amanah adalah penting bagi menguruskan wang negara yang begitu banyak khususnya wang royalti minyak di negeri Terengganu.

Menurutnya, pemimpin Umno-BN telah terbukti menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik dan peribadi mereka.

“kalau kita serahkan kepada pemimpin Umno-BN apa penghujungnya, duit ini akan disalah gunakan untuk kepentingan politik mereka,

“jangan sekali-kali kita (hanya) membiarkan mreka menyalahgunakan hasil (royalti minyak) negeri Terengganu ini,”tegasnya.

Justeru, beliau menyeru supaya semua kaum termasuk Melayu, Cina dan India bekerjasama dan bersepakat memberi sokongan padu kepada PR supaya Umno-BN dapat dikalahkan.

Beliau mendakwa, lapan puluh peratus masyarakat Cina telah membuat keputusan bulat menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum akan datang.

“70 hingga 80 peratus masyarakat Tionghua (Cina) sudah menyuarakan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat, saya bimbang (ada dikalangan) masyarakat Melayu yang masih was-was untuk memberi sokongan,

“(Pilihanraya) kali ini kita mesti bekerjasama masyarakat Tionghua, Melau dan India kena sepakat memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat supaya dapat mengalahkan Umno-BN,”jelasnya.

http://www.youtube.com/watch?v=Z-GX09z_OIs