Cegah, Rawat Penyakit Tuntutan Agama

1163

KUALA NERUS – Ikhtiar mencari jalan mencegah atau merawat penyakit adalah dituntut agama.

Pakar Perubatan Keluarga Dr. Suhazeli Abdullah berkata, Kanak-kanak yang sihat pun akan terdedah kepada penyakit cegahan vaksin.

“Sistem imuniti kanak-kanak belum matang dan mudah terdedah kepada penyakit yang memudaratkan dan mengancam nyawa,

vaksin nisa' kn2“Vaksin dapat membantu menguatkan sistem imuniti untuk melindungi diri mereka, keluarga dan masyarakat juga mengawal wabak dan membasmi penyakit dalam jangka masa panjang,”jelasnya.

Beliau berkata demikian di dalam satu program Penerangan Kesihatan anjuran NGO Nisa’ Kuala Nerus di pentas ‘Food Court Mydin Mall dekat sini pada Jumaat 14 Oktober.

Oleh itu, kata beliau, haruslah kita ikhtiar mrncari kaedah kesembuhan dan pencegahan.

“(ia) bukan bermakna jika kita mengambil ubat, kita dikira sebagai menentang kejadian Allah melawan fitrah manusia yang cukup sempurna,”tambah beliau.

” Saya menyeru agar semua melihat akan kejayaan yang telah diraih melalui pemberian vaksin kepada umat manusia sejak berkurun lamanya,”katanya.

Sebagai, kata beliau, contoh dalam tempoh 14 tahun ( 2000-2014) vaksin Campak telah menyelamatkan 17.1 juta nyawa kanak-kanak dari diserang penyakit Campak seluruh dunia. Begitu juga dengan beberapa penyakit berjangkit lain yang berbahaya seperti Difteria, Pertussis, Polio dan sebagainya.

vaksin nisa' kn1Beliau yang juga Pegerusi Yayasan Amal Terengganu menyeru kepada orang ramai agar lakukan sesuatu demi kesinambungan generasi mendatang.

“kita tidak mahu berpatah balik ke zaman yang penuh kesengsaraan akibat serangan penyakit berjangkit seperti cacar, polio dan sebagainya. Wujudnya ilmu imunisasi ini adalah anugerah Allah yang mahu manusia berfikir ,”tegasnya.

Sehubungan itu, Pengarah Program Wan Nur Sakinah Binti Din berkata, program tersebut dapat memberi pendedahan dan pengetahuan umum mengenai vaksin lebih-lebih lagi kepada ibu muda dan bakal ibu yang ragu-ragu tentang penggunaan vaksin kepada anak-anak.

Beliau juga merupakan Ketua Nisa’ Kawasan Kuala Nerus menambah ” Melalui program sebegini dapat mendidik dan menggalakkan masyarakat umumnya mencari pengetahuan yang benar tentang sesuatu info dengan tepat”.